Wednesday, June 13, 2012

Saatnya Kau Memilihku 1



PROLOG

“Kau tau tak, kau ni menyusahkan aku!!!. Sejak aku kahwin dengan kau, hidup aku tak pernah nak aman!!...  kau dengar sini perempuan!!... selagi aku ni laki kau, kau kena ikut cakap aku!!.” Dahi Athirah Najwa ditunjal-tunjal oleh Saiful Adzlan. Api kemarahan lelaki itu tidak dapat dikawal. Nafsu amarah merajai hatinya tika itu.

“Ampun bang, bukan salah Atie… Atie tak tahu dia perangkap Atie.”

“Aku dah cakap banyak kalikan pada kau. Kau yang degil sangat tu kenapa?.”

“Atie bosan duduk rumah, Atie nak kerja. Sebab tu Atie ikut dia.” Secara jujur Athirah Najwa menjawab. Sememangnya dia ingin bekerja.

“Kau bosan yer duduk rumah, kau mari sini!!... Aku pantang betul kalau bini aku tak nak dengar cakap aku!!!.... Kau nak jadi apa?? Bohsia?? Pelacur??.” Tubuh Athirah Najwa ditarik bawak ke bilik. Dengan satu tolakan, Athirah Najwa tersembam di atas katil.

“Abang, jangan bang. Atie minta maaf. Tolong lepaskan Atie bang.” Tali pinggang yang dipakai oleh Saiful Adzlan dicabut. Bagai dirasuk, tubuh Athirah Najwa dilibas sekuat hati dengan tali pinggang itu. Meraung-raung gadis itu minta dilepaskan.
      
“Abang… sakit bang…. Tolong bang… lepaskan Atie…” Athirah Najwa sudah tidak berdaya. Airmatanya keras mengalir di pipi. Tubuhnya sangat sakit akibat libasan tali pinggang itu. Dia sedar, memang salah dia kerana membelakangkan suaminya itu. Akibat mempercayai Surina, dia terpengaruh untuk mengikut Surina bekerja. Rupa-rupanya Surina ingin melacurkannya.

Surina adalah jiran tetangganya. Kawan sepermainan dengan suaminya ketika kecil. Dengan Surinalah dia bercerita, berbual mesra. Sebab itulah dia tidak menyangka, Surina sebenarnya ada niat yang tidak baik padanya. Tidak disangka olehnya, suaminya itu datang menyelamatkan dia.

Setelah puas menghukum isterinya itu, Saiful Adzlan terduduk di tepi dinding. Nafasnya bergelora tanda nafsu amarahnya itu tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dia sudah lama bersabar, telinganya sudah jadi tuli akibat mendengar herdikan serta cacian yang dilemparkan kepada dirinya kerana menikahi Athirah Najwa.

Athirah Najwa yang masih tersedu-sedu itu memandang wajah suaminya itu dengan perasaan belas. Dia tahu, Saiful Adzlan terpaksa menerimanya sebagai isteri. Dia mengengsot turun dari katil dan pergi  menghampiri Saiful Adzlan. Tubuh keras Saiful Adzlan dipeluknya.

“Aaa… abang… Atie… Atie minta maaf… Atie buat abang marah.” Tersedu-sedu Athirah Najwa memohon maaf. Tangan suaminya itu dicapai dan dicium berkali-kali. Wajah suaminya itu juga dicium bekali-kali. Meskipun terasa sakit yang berbisa di seluruh badannya, dia kuatkan semangat. Dia tahu, Saiful Adzlan sudah tenang. Dia tahu juga, Saiful Adzlan memang seorang yang baran, tapi bukan seorang yang pemarah yang tegar. Salah dirinya sendiri yang tidak mendengar kata.

Saiful Adzlan sedikit lapang dengan tindakan Athirah Najwa. Hembusan nafasnya semakin reda. Nafsu amarah yang beraja dihatinya kian surut. Dia akui, Athirah Najwa adalah nyawanya sekarang. Dia sayangkan isterinya itu. Meskipun pernikahan mereka bukan di atas kerelaannya, Saiful Adzlan pasrah. Sudah tersurat di Loh Mahfuz, Athirah Najwa adalah isterinya.


****


Imbas kembali.

“Lan… Lan… cepat Lan…. Kalau tak mati aku.”

“Apa dah jadi ni Zan?. Kau ni kenapa?.”

“Tolong aku Lan, aku tak niat nak cederakan dia.” Saiful Adzlan pelik. Apakah yang dirisaukan oleh Mahzan itu. Siapa yang cedera?.

“Woi, kau ni kenapa. Bagitahu aku betul-betul!!.” Saiful Adzlan membontoti langkah Mahzan menuju ke kawasan kebun milik ayahnya. Kelihatan wajah Mahzan seperti dalam ketakutan.

“Lan, tu….”. Saiful Adzlan terkejut beruk apabila di hadapannya terdapat sesusuk tubuh yang sedang  terbarik tidak sedarkan diri.

“Siapa ni Zan?. Kenapa dia ada kat sini?.”

“Aku jumpa dia malam tadi dekat pekan. Macam orang hilang arah. Jadi aku bawak dia ke sini. Aku ingat aku nak… “. Saiful Adzlan memandang tajam wajah Mahzan. Siapa tak kenal Mahzan. Lelaki buaya. Semua dia nak rembat kalau berpeluang.

“Dah tu? Apa jadi?. Kau lanyak dia sampai pengsan ke?.”

“Tak…. Tak… aku tak sempat buat apa-apapun…. Dia melawan. Lepas tu aku hentak dia dengan kayu. Terus tak sedar diri sampai sekarang. Lan…. Tolong aku Lan, aku tak ada niat.”

“Bodohlah kau, bawaklah dia ke hospital!!.”

“Aku takut!!.” Saiful Adzlan lantas mendekati susuk tubuh gadis itu. Diperiksanya nadi.

“Dia hidup lagi… pengsan je ni.” Mahzan mengurut dada. Dia lega. Kalaulah perempuan yang dibawanya itu mati. Diapun turut sama mati!.

“Macam mana ni Lan… nak buat apa ni.”

“Masa nak buat keja haram, tak pulak kau takut. Dah pergi ambil air.” Saiful Adzlan menampar-nampar lembut wajah gadis itu. Tiada gerak balas.

“Lan…” Mahzan menghulurkan air yang diambilnya dari botol yang ada di pondok itu. Saiful Adzlan lantas merenjis-renjis air ke wajah gadis itu sehinggalah gadis itu tersedar. Apabila gadis itu membuka mata, dia terpandangkan wajah Saiful Adzlan dan Mahzan. Ketakutan jelas terpancar pada riak wajahnya.

“Tolong…jangan apa-apakan saya….” Athirah Najwa mengensotkan badannya kebelakang, badannya menggigil-gigil kerana ketakutan yang teramat sangat.

“Kau selamat dengan aku. Makhluk ni takkan apa-apakan kau. Kau siapa sebenarnya?. Dari mana kau datang?.” Ditunjalnya kepala Mahzan yang menyepi di belakang. Mahzan berang juga kerana ditunjal oleh Saiful Adzlan. Dipandang tajam wajah Athirah Najwa yang ketakutan itu. Perasaan geram kerana tidak dapat menakluki gadis cantik itu membuak-buak di dalam hatinya. Sememangnya Mahzan sedikit takut dengan Saiful Adzlan yang memang dikenali sebagai seorang yang panas baran.

Athirah Najwa tidak berani untuk bersuara. Ketakutan yang terpancar jelas di wajahnya. Tetapi bila terpandangkan wajah lelaki di depannya itu, hatinya sedikiti tenang. Dia amat bersyukur kerana tidak di apa-apakan.

“Kau siapa?.” Ulang Saiful Adzlan.

“Atie…”

“Macam mana kau boleh ada dekat sini?. Kau sebenarnya dari mana?.”

“Sa..saaya lari dari rumah.” Tergagap-gagap Athirah Najwa menjawab….

“Dia… Dia yang bawa saya ke mari… dia cakap nak tolong saya carikan bilik sewa. Taa…pi… tapi…. Dia cuba nak rogol saya.” Tajam telunjuk Athirah Najwa menunjuk kearah Mahzan.

Saiful Adzlan memandang Mahzan. Dia menggeleng-geleng bila mengingatkan perangai kawannya yang satu ini.

“Kenapa kau lari?. Kau dah membahayakan diri kau sendiri!. Kau tau tak?.”

“Sa.. saaya… “ Athirah Najwa tertunduk. Dia tidak mampu untuk memberitahu hal yang sebenar.

“Dah.. dah… kau ikut aku balik… kau mandi… bersihkan diri kau tu… lepas tu aku bawak kau buat report. Petang nanti aku hantar semula ke rumah kau.” Akhirnya Saiful Adzlan membuat keputusan. Lama-lama di pondok itupun tak guna. Sudahlah banyak nyamuk, perutnya yang kosong itu minta diisi.

“Lan, tolong aku Lan, jangan buat report. Aku tak nak masuk lokap.”

“Tau pulak kau takut!!.”

“Tolonglah Lan, malu mak ayah aku nanti… “

“Okey… kali ni aku lepaskan kau. Kalau kau ulang lagi perbuatan kau macam ni. Aku takkan mudah-mudah nak lepaskan kau!.” Sebenarnya, Saiful Adzlan hanya mahu mengertak Mahzan sahaja. Kalaulah Mahzan kena tahan lokap, satu kampung pasti akan riuh rendah. Anak ketua kampung, siapa yang tak kenal!!.

“Terima kasih Lan…. Aku janji…. Aku janji…. “ Namun masih ada dendam yang terbuku di dalam hatinya. Dia akan pastikan Saiful Adzlan dan Athirah Najwa menerima balasan.

“Bukak pintu ni!!.” Kedengaran suara ramai orang di luar rumah Saiful Adzlan. Saiful Adzlan yang mamai terus membuka pintu rumahnya.

“Ada apa pakcik??.”

“Aku dapat aduan kau bawak perempuan masuk dalam rumah ni.” Saiful Adzlan terkejut. Parah, dia baru teringat yang dia ada membawa Athirah Najwa. Mana ya perempuan itu?. Akibat keletihan tadi, dia tertidur di sofa di ruang tamu sambil menanti gadis itu bersiap untuk dihantar pulang.

“Err… “

“Apalagi Tok Lang, galedah saja rumah ni.” Salah seorang dari mereka bersuara. Akhirnya Tok Lang dan dua lagi orang kampong masuk kedalam rumah. Memang sah ada perempuan di dalam rumah ini. Athirah Najwa juga tertidur di dalam bilik yang telah Saiful Adzlan arahkan untuk bersiap-siap. Athirah Najwa sememangnya keletihan sebab itu dia tertidur selepas membersihkan badannya dengan hanya berkemban.

“Bangun!!...bangun!!...” Athirah Najwa tersedar dari tidurnya. Dia panik apabila terdapat tiga orang asing di depannya. Bukannya Saiful Adzlan yang telah menyelamatkannya. Dia menarik cadar untuk menutup tubuhnya yang terdedah.

“Tolong…. Tolong!!.... jagan apa-apakan saya….”

 “Kau bangun sekarang!!...” Tekejut dengan jeritan itu, Saful Adzlan serta merta berlari menuju ke bilik yang menempatkan Athirah Najwa itu.

“Tok Lang, kami tak buat apa-apa. Lan Cuma tumpangkan dia mandi saja. Kejap lagi Lan nak hantar dia.”

“Kau cakap tak buat apa-apa?. Tu dengan berkemban, kau tak berbaju. Tak buat apa-apa kau cakap?.”

“Betul Tok Lang, Lan tak buat apa-apa. Lan tolong dia je.”

“Aku tak percaya. Aku tak sangka kau sanggup malukan aku sebagai ketua kampong ni. Aku dah anggap kau macam anak aku. Ini kau balas?.”

“Err… Tok Lang, bu… bukan…. Lan… Lan tak salah.”

“Aku nak kau menikah dengan perempuan ni. Kalau tak, kau jangan jejakkan kaki kau lagi kat kamong ni.” Athirah Najwa terkejut apatah lagi Saiful Adzlan. Hukuman mandatory telah Tok Lang jatuhkan. Dia sama sekali tidak mampu untuk menghalang. Dari kejauhan, dia terpandang susuk tubuh Mahzan. Sengihan Mahzan memberikan jawapan kepada apa yang telah terjadi.

“Tak guna punya Mahzan!, aku dah tolong dia, dia tikam aku balik!.” Kata-kata itu hanya dalam hati Saiful Adzlan sahaja. Tak pasal-pasal dia kena kahwin dengan Athirah Najwa. Dahlah tak sampai dua puluh empat jam kenal, tiba-tiba dia kena kahwin. Dugaan hidup yang maha besar yang dirasakan olehnya sekarang ini. Kahwin?, itu memang tiada dalam kamus hidupnya sejak kematian kedua ibu bapanya.
               
Usai sudah pernikahan mengejut antara Saiful Adzlan dan Athirah Najwa. Orang-orang kampong masih lagi bercerita. Yang menambahkan perisa adalah Mahzan. Sengaja dia mencanangkan benda-benda buruk terhadap Saiful Adzlan. Hakikatnya yang mesti tahu, Mahzan amat mencemburui Saiful Adzlan. Sebab itulah, bila ada peluang terbuka seperti ini, dia akan manafaatkannya.

“Kau duduk rumah diam-diam!. Jangan nak mengada-ngada pergi mana-mana.”

“Baik abang.” Athirah Najwa hanyalah boneka di dalam rumah itu. Semua arahan Saiful Adzlan mesti diturutkan. Dia sedar, dia hanya menumpang sahaja di rumah itu. Pernikahan mereka pun bukanlah dengan kerelaan masing-masing. Namun Athirah Najwa bersyukur kerana Saiful Adzlan memberikannya tempat perlindungan. Itu sudah memadai baginya dari hidup merempat tak tentu hala.

“Aku balik karang, aku nak makan. Kau masak!. Aku dah beli barang-barang. Ada dalam peti.”

“Abang nak makan apa?.” Athirah Najwa cuba untuk berbicara dengan Saiful Adzlan yang dingin.

“Kau masaklah apa saja. Aku tolak kayu dan batu je.” Athirah Najwa tersenyum. Mudahlah baginya nanti untuk memasak meskipun dia sebenarnya tidak tahu masak sangat. Saiful Adzlan baru saja mahu menapak keluar rumah, Athirah Najwa memanggilnya.

“Abang…. “ Saiful Adzlan menoleh, keningnya diangkat. Athirah Najwa merapati Saiful Adzlan dan jemari suaminya itu dicapai dan dicium. Entah kenapa, Saiful Adzlan bagai terpukau lantas mencium dahi Athirah Najwa.

“Dah, masuk. Aku dah lambat nak pergi kerja.” Berdebar-debar jantung Saiful Adzlan tiba-tiba. Tidak disangkanya dia boleh mencium dahi Athirah Najwa. Tindakan luar kawalan. Namun begitu, hatinya terasa lapang. Dia sebenarnya masih tertanya-tanya siapakah gerangan isterinya itu. Yang pasti padanya, isterinya itu adalah orang Kuala Lumpur kerana dia ada terbaca alamat di dalam kad pengenalan isterinya semasa mereka menikah.

“Nak masak apa ya tuk abang?. Kalau goreng telur je, mati aku kena belasah macam hari tu.” Athirah Najwa sedikit lega kerana Saiful Adzlan tidak marah-marah seperti kebiasaanya. Dalam seminggu pertama mereka dinikahkan, Saiful Adzlan langsung tidak mahu memandangnya. Malahan kata-kata kesat sering sahaja keluar dari mulut suaminya itu. Dia tahu, kehadirannya itu telah memburukkan lagi nasib suaminya yang yatim piatu. Sudahlah kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Dengan adanya dia, Saiful Adzlan dah bertambah tanggungjawab. Sayu hatinya.


bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;