Sunday, June 24, 2012 0 comments

Kisah Hati 2



Kesibukkan menghalang untuk aku terus menulis dan mencari idea untuk menyambung kisah Saatnya Kau Memilihku.Maafkan daku kerana kekangan waktu tidak dapat aku elakkan. Sebabnya akulah manusa tersibuk didunia sekarang ni. Why?sebab masa aku diisi dgn macam-macam benda sampai tidurpun tak lena.

Kisah Hati kali ini, aku nak kongsi cerita di zaman persekolahanku hingga ke U. Aku start sekolah dari usia aku 6 tahun lagi. Aku masuk darjah 1 dua kali. Masa tu mana ada pra sekolah lagi. So, disebabkan mak aku adalah cikgu di sekolah tu, makanya senanglah urusan untuk aku masuk darjah satu meskipun umur tak cukup. hehhe....

Tuesday, June 19, 2012 3 comments

Saatnya Kau Memilihku 4



Selepas peristiwa itu, Athirah Najwa tidak berani lagi untuk membelakangkan suaminya. Risau dengan baran suaminya itu. Baran suaminya mampu membunuh, itu fikirnya. Kesan libasan tali pinggang di tubuhnya masih lagi jelas. Kesakitan itu masih ada sekiranya dia terlanggar meja ataupun tersalah tidur. Namun dibiarkan sahaja tanpa memberitahu suaminya itu.
               
Saiful Adzlan juga kelihatan seperti menjauhkan diri. Bercakap hanya sekali dua sekiranya perlu. Athirah Najwa tahu, itu hukuman yang patut dia terima. Mungkin suaminya itu masih marahkan dia. Sebab itulah hanya diam yang mampu suaminya lakukan. Mujurlah Saiful Adzlan tidak pernah menolak hidangan makan tengah hari dan malamnya, begitu juga dengan salam yang dihulur setiap kali suaminya pergi bekerja. Itu sudah cukup membuatkan hati Athirah Najwa lega.

Friday, June 15, 2012 2 comments

Kisah Hati 1



Assalamualaikum kawan-kawan. Entry kali ini merupakan entry mengenai kisah hati. Aku akan coretkan segala kisah hati aku hari-hari mulai hari ini. Ini bermakna, korang akan membaca luahan hati seorang insan bernama aku. Segala suka, duka, gembira, sedih, manis, pahit akan aku kongsikan kepada korang. 

Kisah hati, bagaikan sebuah diari, mengenai diri ini, yang jauh di sudut hati, minta dierti, bukan minta simpati, hanya sekadar luahan hati, yang tak mampu ditanggung sendiri... fahami, amati dan nilaikan sendiri, hanya diri ini yang tahu segala kondisi, yang hanya mampu berserah pada Ilahi, Yang Maha Mengetahui....

Thursday, June 14, 2012 2 comments

Saatnya Kau Memilihku 3



“Hai, aku Surina. Kawan lama suami kau.”

“Atie.” Ringkas sahaja Athirah Najwa memperkenalkan dirinya. Tika itu dia sedang menjemur baju di ampaian luar rumah. Rumah Surina hanya berselang 2 rumah saja dari rumah suaminya itu.

“Macam mana hidup kau lepas kena kahwin dengan Lan?.”

“Alhamdulillah, okey.”

“Tak bosan duduk rumah?.”

“Bosan tu ada juga. Tapi macam-macam nak kena buat, nak kena kemas. Tak adalah rasa sangat bosan.”

“Owh, okeylah macam tu. Masa Lan pergi ke bendang, bolehlah aku lepak-lepak dengan kau. Aku cuti sebulan. Balik-balik je mak aku cakap Lan dah menikah. Tu aku terus datang sini tu. Nak tau sapa bini Lan.”

“Tak ada masalah Surina, datanglah. Ada juga Atie kawan kat sini. Dah lebih dua bulan Atie kat sini. Tak kemana-manapun. Orang kampung nipun Atie tak langsung tak kenal. Abang tak bagi keluar kemana-mana.”
Wednesday, June 13, 2012 0 comments

Saatnya Kau Memilihku 2



2 bulan berlalu,


Athirah Najwa, gadis misteri yang tiba-tiba muncul sebagai suri di hari Saiful Adzlan. Ingin disulami hati isterinya itu, ingin ditanya siapa sebenarnya. Namun ego lelakinya menguasai. Bukan dia tidak kesiankan isterinya itu, tapi bila dia mengingatkan semula bahawa dia menikah dengan Athirah Najwa disebabkan tangkap basah. Dia jadi geram. Dia bagai menyalahkan Athirah Najwa kerana sengaja memerangkapnya. Padahal dia sedar, Mahzan yang membuat onar.

Gadis berlesung pipit, bermata galak dan berwajah putih langsat itu akur sahaja dengan arahan dirinya. Tidak pernah membantah, malahan diturutkan. Senyumannya, memikat hati Saiful Adzlan dalam diam. Dua bulan hidup serumah, manakan dia dapat menahan gelojak nafsu lelakinya bila terpandangkan Athirah Najwa. Sebab itulah dia melayan antara nak dan tidak sahaja.

Entah kenapa, Saiful Adzlan tiba-tiba bertanyakan isterinya itu. Tika itu, dia sedang menikmati hidangan makan malam. Dia sendiri mengakui, masakan isterinya itu semakin hari semakin menyelerakan.

0 comments

Saatnya Kau Memilihku 1



PROLOG

“Kau tau tak, kau ni menyusahkan aku!!!. Sejak aku kahwin dengan kau, hidup aku tak pernah nak aman!!...  kau dengar sini perempuan!!... selagi aku ni laki kau, kau kena ikut cakap aku!!.” Dahi Athirah Najwa ditunjal-tunjal oleh Saiful Adzlan. Api kemarahan lelaki itu tidak dapat dikawal. Nafsu amarah merajai hatinya tika itu.

“Ampun bang, bukan salah Atie… Atie tak tahu dia perangkap Atie.”

“Aku dah cakap banyak kalikan pada kau. Kau yang degil sangat tu kenapa?.”

“Atie bosan duduk rumah, Atie nak kerja. Sebab tu Atie ikut dia.” Secara jujur Athirah Najwa menjawab. Sememangnya dia ingin bekerja.

“Kau bosan yer duduk rumah, kau mari sini!!... Aku pantang betul kalau bini aku tak nak dengar cakap aku!!!.... Kau nak jadi apa?? Bohsia?? Pelacur??.” Tubuh Athirah Najwa ditarik bawak ke bilik. Dengan satu tolakan, Athirah Najwa tersembam di atas katil.

“Abang, jangan bang. Atie minta maaf. Tolong lepaskan Atie bang.” Tali pinggang yang dipakai oleh Saiful Adzlan dicabut. Bagai dirasuk, tubuh Athirah Najwa dilibas sekuat hati dengan tali pinggang itu. Meraung-raung gadis itu minta dilepaskan.
Thursday, June 7, 2012 0 comments

Ird !!



     Ah… mampus lewat lagi. Kena ‘basuh’ la… lepas nie. Aku mengomel sendirian. Sampai di garaj sekolah, aku meletakkan motor RXZ kesayanganku sebelah sebuah motor besar.

     “Fuyoo… Cagiva Mito tuu…”. Aku membelek motor itu.

     “Hafizi, kamu lewat lagi. Saya mahu kamu pergi kutip sampah di garaj sana”. Aku tertunduk di hadapan cikgu Linda.

     “Ala… cikgu. Baru first time saya lambat. Lagipun saya pelajar baru di sini. Kat sekolah lama dulu, pukul 10 pagi pun masih ada orang yang baru sampai kat sekolah”. Kataku panjang lebar.

     “Sekolah mana ?. Ringan betul peraturan sekolah kamu yea ?. Tiada sekolah satupun yang peraturannya seperti itu. Siapa yang datang pukul 10 tue…. Entah-entah kamu?”.

     “Bukan saya, tapi posmen la… ha…ha…ha…”. Semua pelajar di dalam kelas ketawa.

     “Hai, lawak sangat ke ?. Takde… saya nak kamu pergi sekarang”. Aku mencebik.

     “Eh, tak de sampah pun. Relaksla…”. Aku meletakan kepala di tiang. Baru nak bersandar….

     “Takde nak relaks-relaks. Kutip ajelah…”. Fuh ! tergezut cipan aku. Ada suara pulak. Entah-entah dari motor-motor yang di parking tue…. Entah-entah dari pokok buloh berhadapan dengan pagar sekolah nie….
0 comments

AA + YA = Cinta Hati




Straight to the point, aku malas nak bermukadimah-mukadimah ni. Nanti aku bermuka-muka pula bila aku start membanggakan diri sendiri. Almaklumlah, anak Pak Ungku Shahril ni memang begini. Dah lah handsome, hidung mancung terletak, berkulit cerah, lagi-lagi aku mempunyai ketinggian 182cm. Sesiapapun akan tertarik dan tergoda dengan aku. Hah!!, kan aku dah cakap, belum apa-apa aku dah riak. Haishh… ada aku kesah??, kalau tak diri sendiri yang puji melambung-lambung, siapa lagi kan??. Nak harap awek aku puji aku, awek pun tak ada. Bukan tak ada yang mengayat aku, tapi aku rasa diorang tu hanya nak rapat dengan aku sebab aku ni handsome tahap Tom Cruise. Poketpun tebal juga ni. Tak mahu aku, diorang ni semuanya materialistik dan plastik!.

Tapikan, hati aku dah tertarik dengan seorang awek ni. Dia bukan siapa-siapapun dengan aku. Sahabat baik aku dari kecil lagi. Hanya dia seorang sahaja yang faham pasal diri aku. Mungkin disebabkan kami dah lama bersahabat. Dari kecil pulak tu. Sebab itulah keserasian itu ada. Namun, aku tak nak rosakkan persahabatan kami, kerana perkara sebegini, boleh jadi musuh tau. Aku tak mahulah. Aku sayang dia…

Wednesday, June 6, 2012 0 comments

MINAH ROCK!!


          

Nama aku Raudhah Aminah bt. Rahman. Kawan-kawan semua panggil aku Minah Rock sebab perwatakkan aku yang ala-ala lelaki tak cukup sifat. Aku berusia 25 tahun 4 bulan 12 hari. Mesti korang-korang semua boleh agak aku macam manakan??, Awal-awal lagi aku dah cakap, nama aku Minah Rock. So, mestilah aku rock… yeah…yeah……
            
Ok, mesti korang nak tau aku kerja apakan??. Hahha…aku mana ada kerja. Kerja aku duk membungkang kat rumah aja. Kuar pagi, balik malam. Lepak adalah rutin harian aku yang paling aku tak boleh tinggalkan. Geng-geng sekepala dengan aku… Ayu, Ieza, Malek dan yang paling aku benci si Azim. Sebab Azim suka kutuk dan perli-perli aku. Macamlah dia bagus sangat!.

Duit??. Mesti korang tertanya-tanya, minah rock macam aku yang tak pernah kerja ni macam mana dapat duit. Ala, bukan susah, daddy and mummy aku masukkan elaun RM5000 sebulan tuk aku. Apa guna kalau daddy aku yang pangkatnya Dato’ Seri Rahman, C.E.O syarikat hartanah ternama di Malaysia ni tak boleh nak bagi elaun kat aku?... Oppss…tercakap pulak. Aku bukan main berahsia pasal status family aku. Aku boleh tercakap. Korang senyap-senyap sudah yer… Jangan pecahkan rahsia aku. Kalau tak, nahas!!.

0 comments

Sebuah Cerita... Seribu Makna....

hai semua.... aku mula menulis dah lama... start sekolah menengah lagi aku dah start menulis karya2 merapu + merepek2.... hahaa.... sinonim dgn aku yg gila-gila... kebanyakkan karya tulisan aku semuanya gila2...

baru terfikir nak memblogkan semua crita aku untuk tatapan korang2... xrugi share... janji jgn ada plagiatlah atas karya yg aku buat ni.... huuhuu.....

semoga terhibur dgn crita2 aku kat sini... n sila2lah bg komen n pendapat n tunjuk ajar agar aku dapat input berguna tuk aku realisasikan impian aku ni....

terima kasih....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;