Thursday, June 14, 2012

Saatnya Kau Memilihku 3



“Hai, aku Surina. Kawan lama suami kau.”

“Atie.” Ringkas sahaja Athirah Najwa memperkenalkan dirinya. Tika itu dia sedang menjemur baju di ampaian luar rumah. Rumah Surina hanya berselang 2 rumah saja dari rumah suaminya itu.

“Macam mana hidup kau lepas kena kahwin dengan Lan?.”

“Alhamdulillah, okey.”

“Tak bosan duduk rumah?.”

“Bosan tu ada juga. Tapi macam-macam nak kena buat, nak kena kemas. Tak adalah rasa sangat bosan.”

“Owh, okeylah macam tu. Masa Lan pergi ke bendang, bolehlah aku lepak-lepak dengan kau. Aku cuti sebulan. Balik-balik je mak aku cakap Lan dah menikah. Tu aku terus datang sini tu. Nak tau sapa bini Lan.”

“Tak ada masalah Surina, datanglah. Ada juga Atie kawan kat sini. Dah lebih dua bulan Atie kat sini. Tak kemana-manapun. Orang kampung nipun Atie tak langsung tak kenal. Abang tak bagi keluar kemana-mana.”

“Orang kampung ni memang, suka sangat mengutuk dan menghina orang. Tak sedar anak diorang pun sama je agaknya. Entah-entah lagi teruk.”

“Tak apalah Surina, Atie dengan abangkan menikah sebab kena tangkap basah. Tu sebab tak lekang diorang nak mengata. Atie terima ja.”

“Sabar jer lah Atie. Lama-lama tu diam la orang kampung ni.”

“Yerla Surina, hmm... Atie masuk dulu lah yer, nak masak pulak. Kang abang balik tak ada makanan, teruk Atie nanti.”

“Hahha, sikap panas baran Lan tak kan pernah berubah, oklah, aku balik dulu. Nanti kalau aku rajin aku datang jumpa kau yer. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Athirah Najwa menghantar pandang ke arah Surina yang terkedek-kedek pulang ke rumahnya. Ada juga yang ingin menyapanya dengan baik. Gembira hatinya kala itu.

Kedatangan Surina ke rumah tidak dikhabarkan kepada Saiful Adzlan. Risau juga kalau-kalau suaminya marah. Almaklumlah, selama ini mana ada sesiapa yang nak bertegur sapa dengan dirinya. Walaupun Surina kata dia kawan Saiful Adzlan, takkan sesekali dia akan memberitahu Saiful Adzlan.

Sejak berkenalan dengan Surina, sering sahaja gadis itu mengunjunginya. Macam tahu-tahu sahaja bila suaminya pergi kerja. Tapi Athirah Najwa tidak kisah. Asalkan kerja dia selesai dan dia ada kawan untuk bersembang. Tidaklah bosan mengadap televisyen sahaja hari-hari.

“Atie, kau tak nak kerja?. Tolong si Lan tu?.” Tiba-tiba sahaja Surina mencadangkan sesuatu yang tidak dijangkanya.

“Ada juga niat nak cari kerja, tolong abang. Tapi kerja apa mampu Atie buat. Atie bukan ada apa-apapun.” Athirah Najwa memberitahu Surina akan kelemahannya, tapi hakikatnya, dia pemegang master dalam bidang perniagaan. Namun segala sijil-sijil miliknya itu tiada padanya. Apa yang dia ada hanyalah kad pengenalan diri sahaja. Itupun sebab dia bawa sekali semasa melarikan diri dari rumah agam papanya.

“Kau nak kerja kat tempat aku. Tak cukup oranglah.”

“Kerja apa?.”

“Adalah, kalau kau nak, kau ikut aku. Nanti kau tahulah. Keja dia ikut shift.”

“Kerja kilang ke?.”

“Ha.. lebih kuranglah.” Surina seakan menyembunyikan sesuatu.

“Oh... nanti aku tanya abang, dia bagi tak aku kerja.”

“Tak payahlah bagitahu dia. Dia bukan ada kat rumah pun.” Atie macam orang bodoh sahaja  mengangguk dan menurut kata-kata Surina.

Dua minggu selepas itu,

“Atie, malam ni abang tak balik. Abang kena ikut Pak Atan hantar barang. Duduk rumah elok-elok, jangan kemana-mana.”

“Okey abang, jaga diri baik-baik tau.” Dia menghulur tangannya untuk disalam. Sudah menjadi kebiasaan dirinya sebenarnya.

“Nanti tutup dan kunci semua pintu ya. Abang tak ada, risau pula Atie tinggal sorang-sorang.”

“Baik abang. Jangan risau. Atie tahu jaga diri. InsyaAllah.” Dahi Athierah Najwa dikucup dan kepalanya juga diusap manja.

“Abang pergi dulu.”

“Assalamualaikum abang.”

“Waalaikumsalam.” Athirah Najwa melambai-lambai kepada Saiful Adzlan yang semakin hilang dari 
pandangan matanya.

Dia baru berura-ura mahu mengemas rumah, tapi ketukan pintu menghalang niatnya untuk mengemas rumah.

“Atie... ooo Atie....” Surina rupa-rupanya.

“Yer Surina, kejap Atie buka pintu.”

“Kau tengah buat apa?.”

“Cadangnya nak mengemas rumah. Surina ada apa pagi-pagi ni?.”

“Saja nak melepak dengan kau. Lan mana?.”

“Dah pergi sawah. Lepas tu dia teman Pak Atan hantar barang. Tak balik katanya.” Pucuk dicita, ulam mendatang rupanya. Surina sudah mengatur strategi.

“Ha, Lan tak adakan, jom ikut aku. Boleh jugak kau tengok-tengok apa kerja aku.”

“Boleh juga. Bila nak pergi?.”

“Petang sikitlah. Aku keja malam. Nanti aku jemput kau ya.”

“Okey. Kalau macamtu aku balik dululah. Jumpa petang nanti.” Gembira rasa hati Surina sebab apa yang dihajati bakal terlunas malam ni. Begitu juga Athirah Najwa, teruja dengan ajakan Surina itu.

Petangnya,

“Jom, kita da lewat dah ni.”

“Lewat?. Kan baru 6 petang.” Athirah Najwa seakan menyedari sesuatu yang tidak enak akan berlaku.

“Aku masuk keja 6.30. Tu aku risau.”

“Oh...kejap Atie nak kunci rumah.” Sangat tergesa-gesa kelihatan mereka berdua itu. Tanpa disedari oleh 
Athirah Najwa mahupun Surina, Saiful Adzlan sedang merenung geram. Hatinya panas tiba-tiba melihat isterinya sewenang-wenangnya keluar rumah tanpa memberitahunya. Keluar dengan Surina pula. Siapa yang tak kenal Surina?. Gadis paling bermasalah di kampungnya itu.

Saiful Adzlan sudah runsing dan risau bertambah-tambah. Macam mana isterinya boleh mengenali Surina. Diekorinya dari belakang dengan jarak yang agak jauh. Mahu melihat sendiri di depan matanya apa yang akan berlaku.

Setengah jam kemudian, Saiful Adzlan mengucap panjang apabila melihat Surina menarik tangan isterinya yang enggan mengikutnya masuk ke dalam sebuah kelab malam.

“Tempat apa ni Surina. Atie tak naklah.”

“Ikut sajalah, kan dah sampai. Kau masuk, kau taulah nikmat dia.”

“Tak naklah, Atie nak balik. Surina tipu Atie. Atie taknak masuk.”

“Yang kau degil sangat kenapa?. Aku kata masuk!!... Masuklah!!..” Surina sudah menunjukkan sikap kasarnya. Dia geram apabila Athirah Najwa enggan mengikut langkahnya memasuki kelab malam tersebut.

“Surina!!, Atie taknak!!.” Dengan sekali rentapan, Athirah Najwa sudah terdorong ke depan dan dia terpaksa menuruti langkah Surina. Kesal mula melanda dirinya. Nak menangis airmata darahpun, belum tentu ada siapa yang akan selamatkannya. Menyesal kerana mempercayai Surina.

Entah macam mana, Athirah Najwa merasakan tangannya direntap dari belakang. Dia terkejut melihat wajah bengis Saiful Adzlan. Surina juga sama, dia tidak sama sekali menjangkakan kewujudan Saiful Adzlan ketika itu.

“Kau jaga Surina!!.” Saiful Adzlan memberi amaran keras kepada Surina lantas menarik isterinya dari masuk ke kelab malam itu. Sememangnya amarahnya tidak dapat dikawal. Deru nafasnya turun naik, turun naik. Ianya sangat menakutkan Athirah Najwa. Namun dia amat bersyukur, sebab suaminya datang menyelamatkannya tiba-tiba.

2 comments:

Amirul Nadzri said...

nice3x.. kalo boleh jgn buat citer klise ok...? hmm..adzlan sepatutnya nampak surina rentap atie kalo betul dia follow atie.. tunggu part 4 plak r..haha..

____ana.nunu____ said...

InsyaAllah... try my best... actually ni cerpan... cerita panjang... hehhe.... panjang pulak dia punya cerita... tu buat episod by episod....=D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;