Wednesday, June 6, 2012

MINAH ROCK!!


          

Nama aku Raudhah Aminah bt. Rahman. Kawan-kawan semua panggil aku Minah Rock sebab perwatakkan aku yang ala-ala lelaki tak cukup sifat. Aku berusia 25 tahun 4 bulan 12 hari. Mesti korang-korang semua boleh agak aku macam manakan??, Awal-awal lagi aku dah cakap, nama aku Minah Rock. So, mestilah aku rock… yeah…yeah……
            
Ok, mesti korang nak tau aku kerja apakan??. Hahha…aku mana ada kerja. Kerja aku duk membungkang kat rumah aja. Kuar pagi, balik malam. Lepak adalah rutin harian aku yang paling aku tak boleh tinggalkan. Geng-geng sekepala dengan aku… Ayu, Ieza, Malek dan yang paling aku benci si Azim. Sebab Azim suka kutuk dan perli-perli aku. Macamlah dia bagus sangat!.

Duit??. Mesti korang tertanya-tanya, minah rock macam aku yang tak pernah kerja ni macam mana dapat duit. Ala, bukan susah, daddy and mummy aku masukkan elaun RM5000 sebulan tuk aku. Apa guna kalau daddy aku yang pangkatnya Dato’ Seri Rahman, C.E.O syarikat hartanah ternama di Malaysia ni tak boleh nak bagi elaun kat aku?... Oppss…tercakap pulak. Aku bukan main berahsia pasal status family aku. Aku boleh tercakap. Korang senyap-senyap sudah yer… Jangan pecahkan rahsia aku. Kalau tak, nahas!!.

“Minah, jadi tak keluar ni?, menung je kerjanya... Nak kata ingat boyfriend, tak pernah menjak aku tau kau ada boyfriend!.” Waduh-waduh, sedap sungguh si Ayu ni mengata aku!. Kang aku tunjuk sape boyfriend aku kang, bungtang mata dia agaknya.

“Jadi la beb!. Kau siap jelah. Kau tu kalau bersiap, 2 jam pun tak cukup. Ikut macam aku, simple but nice ni.”

“Kepala hangguk kau simple but nice. Macam laki tak cukup sifat jer kau tu. Harap nama je Raudhah Aminah, tapi dah macam Radhi Khalid versi nyah dah aku tengok!.” Ha??Radhi Khalid versi nyah??... aku ada rupa Radhi Khalid ke??. Punya cantik, ayu, menawan ni dia kata aku macam Radhi Khalid. Tak sayang mulut la nih…

“Banyak la kau Radhi Khalid, cakaplah macam Aaron Aziz ke…Andika ke… adalah nafsu sikit aku nak berlaki!.”

“Bila kau nak ubah penampilan ni Minah oiii. Dengan baju hitam tak pernah nak tukar warna lain, celak yang ala-ala ghotic tu… Suar sendat koyak lutut tu. Eii, getik tau tak!... Kalau tak pasal aku ni kawan kau, tak ingin aku nak keluar ngan kau!. Degil mengalahkan tentera Yahudi!”. Mak ai…barannya Ayu hari ni. Selalunya kalau dia tegur aku, tak delah macam ni sekali. Mesti dia dah muak agaknya dengan sikap aku yang tak pernah nak ambil peduli dengan nasihat dia. Lantakkan, jiwa aku… rock beb!.

“Cakap banyak tak guna Ayu. Cepatlah siap!!. Membebel macam mak nenek. Esok-esok aku nak berubah, aku berubahlah, jangan kau pulak naik menyampah dengan perubahan aku!.” Ugutan ni. Aku dah ada ura-ura nak mengenakan si Ayu. Wait and see Ayu. Aku akan buat kau menyampah dengan pe’el aku nanti. Hahahaa, niat jahat aku dah mula bergema-gema di minda.

Aku sangat-sangat akui tingkah laku aku ni berubah mendadak bila aku menjangkau usia 22 tahun. Penceraian mummy and daddy aku membuatkan aku jadi kasar dan aku suka memberontak. Habis sahaja degree aku dalam bidang Art dan Multimedia, aku langsung tak bekerja. Daddy aku tak boleh nak kata apa sebabnya dari dialah puncanya aku jadi macam ni. Seronok apa, elaun masuk setiap bulan tanpa kerja. RM5000 sebulan dari daddy dan RM5000 dari mummy. Korang ada??tak ada kan? So, jangan jealous!.

***

“Hai Raudhah…” Cis, si Azim ni memang nak kena luku!. Aku paling tak suka kena panggil dengan nama Raudhah. Jauh sungguh nama suci ni dari perwatakkan aku yang sememangnya rock ni. Biarlah panggil Minah pun. Janji rock dari Raudhah yang nampak sangat kelembutan di situ.

“Brapa kali aku nak cakap. Jangan panggil aku Raudhah. Kau ni memanglah.”

“Dah nama kau Raudhah. Ikut suka mak aku lah nak panggil kau apa. Yang kau nak melenting ni apapasal?. Best apa nama tu. Aku suka tau!.” Huh!. Suka?. Melampau dah ni.

“Aku bencilah!.”

“Tak baik tau. Raudhah Aminah. Kan manis nama tu. Kau jangan. Nama sesedap ayah kau bagi. Kau benci pulak.”

“Ikut suka akulah, dah aku tak suka nak buat macam mana?.” Azim ni kan!. Memang nak kena luku ni!.

“Raudhah!.”

“Apa!??.”

“Hah, mengakupun nama kau Raudhah. Kan manis tuh. Erm, bila kau nak berubah ni?. Kasar semacam je. Nanti takda laki nak dekat baru kau tau!.”

“Aku tak heran la. Eh??kau bukan lelaki ke??. Ke kau nyah??!!.” Hamik kau. Cakap taknak pandang kiri kanan.

“Kau ni, aku lain. Akukan kawan kau. Kalau tak, buat apa aku kat sini teman kau. Dahlah pagi-pagi call aku suruh teman kau melepak.” Aahkan, benci-bencipun aku dengan si Azim ni, dia jugak yang aku cari. Sebab dia je yang suka tadahkan telinga dia dengan kutukan aku. Hahhaa… dalam benci ada suka la beb!!... Opss… terlepas lagi. Jangan cakap sama Azim yer korang. Aku suka dia… hahhaa….

“Yang kau nak ikut aku jugak kenapa?.” Aku ajak dia sebab Ayu n Ieza kerja. Huhuu…

“Lah, dah kau ajak. Aku follow jelah, lagipun aku cuti hari ni. So, bolehlah temankan kau. Yang kau ni, tak reti nak kerja ke??. Sugar daddy mana yang sponsor kau bulan-bulan arr??. Aku tengok kau selamba je tak kerja.” Hahha…yer…sugar daddy…. My daddy!!...

“Mulut tu jaga sikit eh… aku tak kerja ke apa ke, bukan kau yang bagi aku makan!.”

“Laa, kau ni. Aku heran la, kau tak kerja, tapi duit masyukk je.”

“Tu kau tak payah ambil taulah, aku taulah macammana nak hidup!.”

“Weii!!, kau jual dadah ke?.” Mak ai… jauh betul si Azim ni fikir. Sumpah!, aku tak usik barang-barang tu!. Selisih malaikat 44.

“Kau ni!!. Aku taulah halal haram. Dah-dah, balik lagi bagus dari melayan kau!.” Bengang lak aku dengan si Azim ni.

“Wei, sabarlah… ni sapa nak bayar!.” Hahahha… padan muka kau!. Kau bayarlah yer Azim… aku tunggu Azim kat kereta dia. Tadi aku yang suruh dia ambil aku kat rumah sewa aku. Aku malas nak bawak kereta aku. Jimat minyak. Hahaha…

“Ai, tadi kau blah macamtu jer kan. Ingat dah naik teksi tadi!.” Aku membuntangkan mata aku pada Azim. Aku tau, dia tengah perli aku terang-terangan.

“Cepatlah!. Aku nak balik dah ni!.” Azim masih ketawa besar. Geramnya aku!!!!....

Dalam kereta, entah macam mana Azim tiba-tiba je serius dengan aku. Aku jadi hairan. Dia ni dah terlebih makan ubat ker?.

“Kau nak bawak aku kemana ni?.”

“Ikut jelah, jangan banyak tanya.” Aku tanya bukan main baik, mcam tu jer dia jawab. Aku luku plak si Azim ni kang!.

“Weyh, cantik siot… apesal selama ni kau tak pernah nak bawak aku?.” Terpegun aku tgk keindahan alam semulajadi ni. Atas bukit tepi jalan yang boleh tengok satu KL. Ni kalau malam, mesti lagi cantik.

“Malam ni kita pergi nak?.” Tetiba je aku bagi idea yang bernas pada Azim. Aku tengok Azim sengih-sengih jer. Nak ke tak nak dia ni.

“Raudhah!... aku ada benda nak cakap dengan kau.” Aku memandang Azim hairan. Apesal lak ni tetiba je mamat ni jadi serius. Dari dalam kereta lagi.

“Apenya?selalu tak pernah pun nak bertanya, aci redah je kau.”

“Kita kahwin?.” What??... buntang mata aku memandang Azim. Kahwin??, jadi isteri??. Azim nak jadi suami aku?. Dia ni tak ada akal ke?...

“Kau mimpi ke weyh??.”

“Seriously, memang aku ajak kau kahwin.”

“Tak mahulah aku… aku bukan suka kaupun.” Hehhe… tak suka ya??.. Sebetulnya, aku sangat teruja dengan lamaran tiba-tiba si Azim.

“Dah arr, kau jangan nak merepek la… Jom balik!. Semak laa… kau ni memang la.” Aku terus masuk  ke dalam kereta. Fuhh!!, jantungku dup dap dup dap ni. Malu. Hakikatnya, aku memang malu. Belum pun sempat aku tutup pintu kereta, Azim menarik tangan aku.

“Wait, kau kena dengar dulu apa aku nak cakap. Lepastu, persetujuan atas tangan kau. Aku takkan tanya kau lagi.” Fuyoo, Azim siap melutut lagi dekat tepi pintu kereta tu. Romantiknya. Hoi!!! Minah Rock…jiwang-jiwang pulak kau yer. Hahha…. Sekali sekala beb. Suka pulak bila ada orang suka aku. Layan…. Sesedap rasa je jari jemari aku ni si Azim ramas. Tapi kenapa aku tak tarik tangan aku arr???hahaha…. korang paham sendiri sudah. Aku?, Minah Rock kan… mesti jual mahal!...

“Apa lagi?, aku taknak dengarlah benda-benda mengarut dari kau.”

“Ok…listen… sekali lagi, aku nak cakap. Kita kahwin?. Aku, Shahdiha Azim dengan kau Raudhah Aminah. Kau nak ke tak?.” Alahai, gaya dah nampak romantik, tapi sekali, hancur. Apa punya Azim la ni. Errm, sejak bila mamat ni suka aku arr??. Bukan aku dengan dia asyik bertekak je??, isyh3…

“Jom balik!!.” Dengan muka yang kecewa Azim melepaskan jemariku dan berlalu ke seat pemandu. Wajah kelat Azim aku pandang lama. Handsome juga Azim ni yer. Hidung mancung terletak. Alis mata melentik mengalahkan aku yang perempuan ni. Kening yang tersusun indah. Bibir merah. Azim bukan perokok. Kalau korang nak tau, Azim ada lesung pipit tau. Bila dia senyum, boleh cair. Percayalah…. Hahha…..

***

“Sayang…buat apa tu??. Kan abang dah cakap jangan buat kerja-kerja berat. Kesian kat baby dalam perut tu!.” Aduh, semuanya tak boleh. Aku baru je pegang tin milo, nak buat air milo. Bukan beratpun tin ni.

“Nak buat milo la abang.”

“Kenapa tak suruh abang je yang buat. Dah, sayang pergi depan, biar abang buatkan. Sayang tunggu yer…”.

“Abang ni, semuanya tak boleh, biarlah sayang buat sendiri. Bukan susah sangat.”

“Sayang, abang kalau boleh, nak sayang duduk rehat je tau. Abang taknak sayang buat apa pun. Okey?.” Aku menjeling tajam pada Azim. Kandungan aku baru jer 3 bulan. Bukan 8 bulan. Aku masih larat la nak buat. Apatah lagi segelas air milo. Kecoh sungguh!.

“Hah, mengata abang la tuh. Ada jer yang tak puas hati.” Dia ni, tau-tau aja. Aku menarik muncung sedepa. Tak pula aku berkalih arah, setia menunggu air miloku siap dibancuh oleh suamiku Azim.

“Sayangku Raudhah Aminah bt. Dato’ Sri Rahman. Abang terlalu sayangkan Raudhah. Tak terlintas sekelumit pun abang nak susahkan Raudhah.” Tangan aku ditarik dan dia membawaku ke meja makan. Kemudian, air milo yang dah siap dibancuh diambilnya dah diberikan kepada aku.

Yer, kalau korang nak tahu, aku banyak berubah sejak aku setuju menerima Azim sebagai suami aku. Memang tak disangka-sangka, aku Minah Rock yang dulunya kasar, sekarang ni jadi Minah Ayu yang cukup mudah terasa hati. Ha, nak tau macam mana aku boley terima Azim??.... hahha… bila aku teringat balik, memang kelakarlah. Kesian gak aku tengok Azim masa tuh.

***

 Setahun sebelum aku kahwin. Memang, lepas je Azim melamar aku kat atas bukit tu, nak dekat sebulan jugak aku tak jumpa dia. Aku malu tau. Tapi hati mahu. Azim mana tahu akupun suka dia. Malahan lamaran dia tupun aku dah terima. Cuma biasalah, aku Minah Rock, mana boleh tunjuk aku ni jadi Minah Ayu. Ahhaha….

Entah macam mana, Azim boley terserempak dengan aku. Masa tu aku keluar dengan daddy. Kat tangan aku penuh dengan  beg-beg kertas campur beg-beg plastic hasil dari keuntungan aku membodek daddy. Gaya kasar aku sebagai Minah Rock memang berubah habis di mata Azim sebab time tu aku bukan main manja dengan daddy. Dah lama tak jumpa daddy, sekali sekala apasalahnya. Lagi-lagi time aku keluar dengan daddy aku pakai skirt dengan t-shirt sendat ikut badan. Hahaa… mahu taknya Azim terkedu. Minah Rock jadi Minah Ayu.

“Raudhah!!.” Aku membuat muka terkejut. Main serbu jer Azim ni. Bagi la salam ke, apa ke.

“Apa?.” Dari atas ke bawah Azim pandang aku. Kemudian dia pandang daddy. Lepas tu dia pandang aku balik. Nak jadi inspector ke si Azim ni. Daddy pulak dah tersengih-sengih tengok Azim. Kalau korang nak tau…Dato’ Sri Rahman ni awet muda. Handsome lagi. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi? Kekacakkan daddy jatuh kat muka aku yang ayu ni. Haha, aku memang perasan!.

“Kau??.”

“Apanya?. Dah lah, aku sibuk ni.”

“Betullah cakap akukan?, kau ada sugar daddy?. Bukan main kau kan?.” Gulp… nak kena hempuk gak si Azim ni.

“Kau cakap baik-baik sikit. Jangan nak tuduh melulu okey!.”

“Dah tu!. Aku ajak kau kahwin kau taknak!. Sebab laki ni kan?.” Opps…daddy… sorry, bakal menantu daddy dah terkurang ajar dengan daddy.

“Azim!!. Kau ni… cubalah senonoh sikit!.”

“Raudhah Aminah, daddy tak pernah ajar anak daddy kasar macam ni!.” Tegur daddy tiba-tiba. Aku pandang daddy. Sorry daddy.

“Daddy, ni Azim. Kawan Adah. Dia yang nak kahwin dengan Adah tu.” Terlopong Azim memandang aku.

“Daddy?.” Azim menyoalku. Aku mengangguk saja.

“Azim, Adah, jom kita ke café. Boleh sembang-sembang, Daddy nak kenal jugak bakal menantu daddy ni.”

***

Macamtulah kisahnya…. Akhirnya akupun kahwin dengan Shahdiha Azim. Dan sekarang aku menunggu masa nak melahirkan anak sulung kami. Sebulan aku tak jumpa Azim tu, aku pergi muhasabah diri. Ubah penampilan diri. Jumpa daddy n mummy. Alhamdulillah, aku sekarang dah berubah. Totally change. Aku bahagia punya daddy yang memahami walaupun dah bercerai dengan mummy dan bersyukur mummy pun seorang ibu yang baik. Sekarang, Minah Rock dah jadi Minah Ayu…. Ayu di mata suami aku sendiri!.

Tamat!!!!.....


P/S : Cerita ni pernah disiarkan di laman PENULISAN 2U.... hehhe...=D


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;