Thursday, June 7, 2012

Ird !!



     Ah… mampus lewat lagi. Kena ‘basuh’ la… lepas nie. Aku mengomel sendirian. Sampai di garaj sekolah, aku meletakkan motor RXZ kesayanganku sebelah sebuah motor besar.

     “Fuyoo… Cagiva Mito tuu…”. Aku membelek motor itu.

     “Hafizi, kamu lewat lagi. Saya mahu kamu pergi kutip sampah di garaj sana”. Aku tertunduk di hadapan cikgu Linda.

     “Ala… cikgu. Baru first time saya lambat. Lagipun saya pelajar baru di sini. Kat sekolah lama dulu, pukul 10 pagi pun masih ada orang yang baru sampai kat sekolah”. Kataku panjang lebar.

     “Sekolah mana ?. Ringan betul peraturan sekolah kamu yea ?. Tiada sekolah satupun yang peraturannya seperti itu. Siapa yang datang pukul 10 tue…. Entah-entah kamu?”.

     “Bukan saya, tapi posmen la… ha…ha…ha…”. Semua pelajar di dalam kelas ketawa.

     “Hai, lawak sangat ke ?. Takde… saya nak kamu pergi sekarang”. Aku mencebik.

     “Eh, tak de sampah pun. Relaksla…”. Aku meletakan kepala di tiang. Baru nak bersandar….

     “Takde nak relaks-relaks. Kutip ajelah…”. Fuh ! tergezut cipan aku. Ada suara pulak. Entah-entah dari motor-motor yang di parking tue…. Entah-entah dari pokok buloh berhadapan dengan pagar sekolah nie….


      “Sedapnya bersandar…”. Alamak malaun mana nie. Aku mencari-cari suara itu. Rupa-rupanya ada orang kat sebelah motor Cagiva tue…. Aik, nampak rupa macam pompuan, baju lelaki. Pondan ke apa nie…, malaun itu memandang aku sambil menutup buku. Nie mesti kes tak siap kerja sekolah nie. Padan muka kena siapkan kerja dekat garaj. Dia memandang lagi, kali ini lebih lama. Aku nie handsome ke ?. Sampai dia pandang macam tue…. Tapi lain macam je pandangnya. Mata dia tak boleh berkelip ke ?. Tiba-tiba dia senyum kat aku. Bukan senyum jenis menggatal… tapi macam jenis menyindir. Senget je senyum dia. Senyum macam The Rock la tue….

     ‘Cun gilernya’. Hati aku berkata. Tapi apsal pakai baju lelaki. Entah-entah dia buat pembedahan plastik. Tapi, kalau dah bedah tue, mesti pakai baju perempuan.

     “Woi !. Kau lelaki ke pompuan”. Soalan bodoh tiba-tiba keluar dari mulut aku.

     “Memekaklah kau nie…”. Huih… garangnya. Aku rasa pompuan. Ganas betul awek nie….

     “Engkau tomboy yea ?”. Pertanyaan aku tidak di jawab.

     “Irda, Cikgu Linda panggil…. Ird… cepatlah”. Seorang pelajar memanggilnya. Ooo… namanya Irda… panggil Ird. Tomboylah nie. Rambut jangan cakaplah, seluk cakap kau. Bukan cun lagi, terus hensem. Hensem giler. Kalah aku… lelaki sejati nie. Tak lama itu aku masukla dalam kelas. Rupanya Ird nie satu kelas dengan aku. Semalam tak nampak, mungkin tak datang. Tadi masa aku kena ceramah dekat cikgu Linda, aku tak nampakpun dia. Ooo… baru aku ingat dia kena buat kerja dekat garaj tadi. Ish… pengawas apa n’tah. Dengar  cerita bapak dia ketua PIBG kat sekolah nie. Pangkat Dato’ lagi. Anak ‘lord’ la katakan. Pihak sekolah tak boleh nak marah dia lebih-lebih. Sukati dia nak pakai uniform prefect lelaki. Tak berani nak marah dia nie. Siapa yang marah kenalah…. Kalau pihak sekolah marah dia, hilanglah ‘punca’. Kalau ada projek untuk memajukan sekolah, mesti bapanya mengeluarkan ribuan ringgit untuk menderma.

     “Ah, kalau perangai tue boleh adjust. Sekarang bab aku nak couple ngan dia”

     “Ala, alang-alang seluk pekasam. Hambik aje”. Ari mencelah.

     “Woi, korang ingat aku nie bohjan, senang-senang nak ‘ngap’ ”. Mad dan Ari ketawa. Memang aku nak kawan dengan dia. Tapi mesti dia tak nak. Siapalah aku nie. Tapi aku tengok Ird okey. Semua orang dia kawan. Cuma aku nie pemalu. Kalau lelaki takpa. Nie pompuan belaka.

     Pagi tadi ada surat bawah meja aku. Ada secret admirer… nak berkenalan. Kalau face to face takpa…. Nie nak bersurat-surat pulak. Surat-surat tak mainlah.

     “Fizi, Mira dari form 2 kirim salam. Dia kata dia admirer kat kau. Dia kata kau hensom”.
     “Mira babyface ke ?. Waalaikumsalam. Aku nie hensom ke ?”. Aku dah mula kembang. Apataknya… memang aku hensem heh…. Cute giler. Mira apa kurangnya. Cute. Tulah gelaran dia babyface. Tapi aku nak kat Ird. Ird tiada tandingannya. Cun melecun. Sampai cikgu  Azripun syok kat dia. Cikgu Azri baru baru awal 20-an. Ramai yang minat Ird nie. Cuma dia tak layan.

     “Hai Ird… nak balik ke ?”.

     “Habis tue”. Alamak dia jawab macam tue pulak. Malu ooo…. Aku mengikutnya dari belakang.

     “Kenapa sombong sangat nie. Aku nak kawan tak boleh ke ?”.

     “Selama nie kau musuh aku ke ?”. Fuh ada canlah aku nak kawan. Ada peluang nak tackle. Aku akan pastikan tak ada orang lain selain aku. Memang masa nie yang aku nak. Paling best…. Selama aku hidup, tak pernah aku rasa cinta kat kawan satu sekolah macam nie. Memang Ird cinta pertama aku. Ceh. Macamlah Ird tu nak kan aku nie.

     “Woi Fizi kau dah dapat kawan dengan Ird tue”.

     “Mesti punya. Tengoklah ‘ayat’ sikit aje…. Okeylah aku tengok dia dah pergi kat garaj tue”. Aku pun blah untuk ikut Ird. Fullamak rupanya motor Cagira Mito tue dia punya. Memang bertuah.

“Cantik motor…”. Ird senyum.

Aku tak pasti sama ada jantung aku bergetar atau putus. Dan yang pastinya senyuman Ird membuatkan aku makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Dan lebih pasti aku dah jatuh ‘cinta’. Aku asyik teringat dekat dia… cemana tue…. Mak tolonglah pinangkan Ird untuk Fizi. Mak !, tolonglah mak !. Ala omak kahwinkan aku…. Eh macammana pulak boleh masuk lagu XPDC nie pun aku tak tau. Yang penting aku memang dah cintan bebenor kat Ird.

     Pagi itu aku datang sekolah awal. Saja je… lepas tue aku cuba nak umumkan pada umum yang aku dah cinta dekat Ird. Aku nak tengok dia cinta tak kat aku. Papan hitam penuh dengan nama Ird. Dan satu ayat yang paling besar aku tulis… I LOVE YOU IRD. Saat yang aku tunggu sudah tiba. Ird masuk ke kelas. Semua yang ada dalam kelas keluar. Mad yang kebetulan masuk kelas terkejut. Dia tanya kat aku siapa yang tulis kat papan hitam tue. Aku diam sahaja.

     “Woi… siapa tulis nie, gatal sangat lak”.

Aku dan  Mad serta beberapa orang kat dalam kelas diam.

“Siapa tulis aku tanya ?”.Berang Ird makin bertambah. Tak lama tue aku mengaku. Memandangkan dia dah mula nak mengamuk.

     “Kau tau tak apa kau tulis, hilang maruah aku, paham tak ?. Buat malu aku saja. Shit. Dah gatal sangat ke ?. Kalau dah gatal, bukan aku pilihan eh… tue bohsia-bohsia berlambak…”. Terpaku aku. Punyelah marah awek nie. Tapi aku control gentle. Kalau budak jantan. Bolehlah aku jadi Stond Cold jap. Jangan tak tau aku nie bekas gengster kat sekolah lama dulu tau.

     “Ala kalau nak di bandingkan bohsia dengan kau… kira lebih kurang je”. Aku ketawa sorang-sorang. Perkataan tue pulak keluar. Ah… bantailah kalau dia nak marah, marahlah. Bestnya kena marah.

     “Hangguk kau”. ‘Pang’, satu ‘tamparan wanita’ yang berupa tomboy  hinggap kat pipi yang bertahi lalat manis nie. Berdamar pulak rasanya. Control malulah. Nak buat macammana. Kalau balas kang, hilanglah kegentlelan aku nie.

     “Irda Nur Nafisya”. Aku panggil bila lihat dia nak blah. Ird berhenti dan menoleh.

     “What the hell”. Dia jawab macam tue aje…

     “Terima kasih”. Aku tersengih-sengih macam kera dapat bunga. Aku rasa pelajar yang ada macam gelakkan aku aje.

     “Fizi, tuelah kau kan dah kena. Dia tue bukan boleh gurau macam tue. Malulah dia. Dia nak kekalkan ‘kejantanan’ dia tue. Kau tak tau. Tahun lepas lagi teruk, sampai bertumbuk lagi”. Kata Mad beria-ia.

     “Siapa tue sampai bertumbuk pulak”. Aku buat soalan bonus.

     “Budak tue dah habis SPM dah. Sebabnya budak tue kata Ird bohsia. Naiklah angin Ird tue”. Aku mengangguk-angguk. Cerita pasal aku kena tempeleng tue tersebar. Glamour aku sampai guru-gurupun tahu. Tapi aku buat muka selamber aje. Biasalah ‘muka hensom mesti selamber’. Itulah prinsip aku. He…he…he… tak ade kena mengena langsung. Apalah ‘bodzo’ aku nie.

     “Hafizi, kenapa kamu termenung sahaja. Kenapa kamu tak hantar buku. Kamu ingat saya tak check ?”. Lamunan aku terhenti. Apela… cikgu nie. Sibuk betul.

     “Tak ada apa-apa la. Saya teringat kat kampung saya cikgu. Saya ingatkan nenek saya. Best duduk kat kampung, dapat pergi memancing. Macam-macam”. Aku terhegeh-hegeh sambil tersengih.

     “Blahla… piela kat kampung kau tue”. Ird bukak mulut. Amboih, naik lemak nampak. Mulut takde insuran. Main lepas aje. Apo dia ingat eden nie nenek ‘eh ge’ eh.

     “Oii, cakap bebaik. Nanti kau jugak yang pergi kat situ. Dah luper ?. Menantu cucu…”. Mat mengejek Ird.

     “Kuang ajar. Mampus kaulah !”. Ird menjegilkan matanya yang cun. Mat ketawa. Aku buat muka seposen. Huh ! seposen hape, bagi free pun tak laku. Cikgu Marizah yang mengajar aku pun dah naik muak nengok muka aku. Inikan pula Ird yang aku hari-hari pandang. Alah ! aku yang pandang dia. Bukannya dia yang pandang aku. Bila aku tengok Ird dah mula nak benci kat aku, akupun redha. Yelah… sapelah kita nie. Dahlah tak hensom, hampeh, n’tah apa-apa n’tah. Tak macam dia cun giler. First class lagi tue. Hee… saja nak rendah diri.

     Aku boring betul. Makin lama makin ramai yang nak jadikan aku abang angkatla…, adik angkatla…, pakwe angkatla…, laki angkatpun ada. He…he…he…kan aku dah kata dah. Populariti aku setanding dengan Brad Pitt tau. Jangan jealous. Tapi malas nak layan. Ada gak surat nak cari gaduh dengan aku. Ha… bab itu aku memang giler. Sebab tuleh aku banyak buat kes. Tapi takdelah kes teruk-teruk. Setakat lempang-lempang, tumbuk ‘sikit-sikit’, gaduh-gaduh kucing… dah jadi sebati ngan aku. Ha…ha…ha…

     Pagi tue aku lewat kali ketiga ke sekolah. Pasal motorlah nie. Tengok-tengok sampai sekolah pukul 8.40 pagi. Cemana nie. Ah… bantailah aku terus masuk kelas. Ha… minggu nie Ird jaga pintu pagar. Mampus dia tulis nama aku. Aku selamber jer….
     “Ird kau tulis nama aku yea ?”. Aku terhegeh-hegeh kat meja dia.

     “Ird dengar tak ?”. Laa… dia tak jawab pulak. Aik tiba-tiba dia senyum. Dah buang tebiat ke budak tomboy nie. Aku tak sedar mulut aku terlopong tengok dia senyum. Punyalah cun….

     Entah kenapa aku dimaafkan. Mood dia baik la tue…. Rehat tue…

     “Fizi… ambikla”. Ird menghulurkan sebuah kotak. Aku terpinga sambil mencapai.

     “Hepi Besday”. Ird mengucapkan pada aku. La… aku lupa, tuelah sebabnya aku tak ambil tahu pasal diri sendiri. Ini mungkin dia tengok date lahir aku dalam nombor I/C aku. Aku terus bukak. Hah ! terkejut beruk aku. Ingatkan jam ke ?, ape ke ?. Rupanya semut kerengga yang dah mati tue.

     “Hampeh”. Aku selamber aje cakap…. Ird ketawa. Kalau nak balas dendam tue, buatla… yang berfaedah. Nie… kerengga.  Buang maso den aje.

     “Sajeje”. Ird menjeling sambil berlalu. Ah…aku tak kira. Walaupun hanya seekor kerengga, aku tetap akan mengembalikan kegentlelan aku. Besok pagi tue aku bagi sebuah kotak kat Ird pulak. Ird tak layan. Kurang ajar betul.

     “Ala… kalau tak ambil kau memang tak brutal. Aku cabar kau nie”.

     “Ooo nak cabar. Okey je”. Ird mengambil dari tangan aku. Kotak tu kecil macam kotak mancis. Jadi dia ambil, aku sempat pegang tangan…. Alamak dia pandang akula…. Bila dia bukak je… ha…ha…ha… tercengang…. Aku bagi dia getah rambut. Dia pandang tak berkelip. Aku tenung dia. Mata bertentang mata. Aku cakap kau…. Menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang…. Aik.., masuk juga lagu nie yea. Ahhh… biarkan

     “Thank”. Ird cakap sepatah lalu duduk ditempatnya. Kawan-kawan semua mula pandang-pandang, jeling-jeling…. Memang popular sungguh lagu nie. Sebab tuelah Tan Sri S.M Salim dengan Siti Nurhaliza tue popular…. Mulalah tue. Dia duduk senyap. Yealah rambut dia pendek. Aku nak perli je. Janganlah ambil hati lak.

     “Kringgg…….”. Loceng balik berbunyi. Hey… macam kambing keluar kandang. Aku pula masih terhegeh-hegeh kemas buku. Sedang kesentret kemas… tiba-tiba…

     “Fizi, aku nak cakap sikit”. Aku tersentak. Macam pernah ku dengar suara ini, tapi dimana ya ???. Aku tak menoleh, masih berfikir, sape punya suara. Aku terasa ada tangan kat bahu. Aku dengar orang tarik kerusi. Perlahan aku pandang. Ha !! Ird.

     “Eh, apasal… er…er… tak balik, er… nak balas dendam ke ??”. Aku tanya soalan bangang. Ird senyum. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam koceknya. La… getah rambut yang aku kasi rupanya.

     “Ikhlas ke ?’. Tanya dia. Aku terpinga-pinga. Gila apa budak nie. Ird lalu duduk di sebelah aku. Alamak, tercabar aku. Aku tersengih-sengih.

     “Kenapa nie”. Ird tanya lagi. Alahai… dunia, dugaan betulla.

     “Tak de apa-apa, aku tanya sikit boleh tak ?”.

     “Tanya apa… cakapla”.

     “Aku tengok  kau dah berubah la…”.

     “Sebenarnya naluri aku macam lelaki. Tuelah gaya, perangai pun macam lelaki…”

     “Laa… tergantung cerita kau… macammna boleh berubah…”.

     “Tak payah nak tahu…”

     “Ala… ceritalah”. Aku dah naik ngada-ngada.

     “Jom”. Ird ajak aku. N’tah nak pergi mana. Tengol-tengok nak pergi taman. Mengigau di tengah hari nampaknya budak nie.

     “Nak tahu ?”

     “Yealah...”. 

     “Sebenarnya aku mula sedar bila aku jumpa ibu kandung aku dua bulan lalu…”

     “Eh… selama nie kau tinggal dengan siapa ?”.

     “Ngan bapa aku…. La… aku nak ceritalah nie”.

     “Okeyla…okeyla….”

     Ird mula cerita hal yang sebenarnya panjang lebar. Aku mendengarnya dengan begitu berminat.

     “Senangnya kau berubah”.

     “Heh… dalam masa sebulan je… sebab aku fikir aku perempuan. Tak baik… buat perangai…”.

     “Sedar pun… ingatkan dah tak ingat diri tue perempuan…. He…he…he… boleh buat bini…”. Aku berfikiran negatif kejap.

     “Hampeh…. Blahla… tak ingin aku…”.
     “Hei, janganlah. Adoiii… sakitlah….”. Memang dah mereng budak sekor nie. Adeke aku di cubitnya. Ingat lagu cubit-cubitan ke…. Aku dah takde cara lain tak nak bagi dia terus cubit aku…. Aku paut tangan dia. Ha… terus diam. Aku tak sedar aku pandang dia lama-lama. Tangan tak lepas pulak tue.

     “Belasah kang….”. Alamak Ird dah nak mula…. Dia marahla… tue… relaksla…. Ird tarik tangan dia lalu blah. Aku ikut dia….

     “ Apa ikut aku nie…”. “Aku nak blahlah…”

     “Biarlah nak pergi rumah mertua. He…he…”. Aku buat lawak. Memang cari nahas. Naik lebam lengan aku di cubitnya. Tahan jeala…. Dah kira sikitlah tue dia cubit aku. Kalau dia betul-betul marah… mau aku kena belasah.

     Esoknya, Ird jumpa dengan aku. Aku macam biasa sentiasa mengontroikan diri.

     “Ada apa ?”. Aik tiba-tibalak aku tanya.

     “Aku nak buat besday party. Aku nak kau datang…”.

     “Ooo… besday party. Okey… aku mesti datang punya…. Boleh jumpa bakal mertuakan ?”.

     “Woii… mulut tue cover sikit. Kang aku cepuk baru tahu”.

     Alamak dia dah marahla…. Takpe… budak nie bukannya boleh buat apa ngan aku. Akukan gentleman. Ceh… konon gentleman… baru semalam aku asyik kena cubit dengan dia. Kau ingat sakit ke ?. Memang sakitpun.

     Hari jadi Ird dah tiba. Aku dengan hensomnya menuju masuk ke perkarangan rumah mewah Ird. Ird tengah tunggu aku rupanya. Wah… macam Perdana Menteri aku. Ada orang tunggu lagi. Untungnya aku…. Alahai Ird tak nampak aku ke….  Jangankan bayang aku. Hidung terpacak akupun dia tak nampak. Kecewanya aku. Aku nampak sangat Ird tengah risau. Risau cari aku kot. Majlis nak potong kek dah nak mula. Aku tengok Ird masih tercari-cari. Kesian lak kat dia.

    Aku pun munculkanlah diri depan Ird. Ird segera berlari ke arahku. Semua tetamu terpinga. Malunya aku depan orang ramai. Apalah Ird nie… kalau nak jumpa akupun tunggulah habis party. Tak malu betul budak nie.

     “Mama…, nie kawan Irda, Hafizi”. Kelam kabut aku sekejap.

     “Ooo inilah Hafizi yea… Ehh…”. Datin Zarina terkejut beruk.

     “Err… betul ke nie…”. Aku terkejut.

     “Auntie nak tanya, nama abang Fizi Hafizulkan ?”. Aku mangangguk.

     “Apa nie… Mama… Fizi… Papa…”.

     “Irda nie bekas anak tiri mama”.

     “Ooo… ini kiranya anak tiri uncle juga lah yea…”. Dato’ Jaafar menepuk bahu aku. Dalam cerita nie… asyik kebetulan aje…

     “Ird, nie untuk awak”. Aik… berawak-awak pula. Malulah woi… depan mertua ngan orang ramai. He…he…he….  Aku menghulurkan kotak dan bunga mawar merah kepada Ird.

     “Bukan Ird, tapi Irda… Nur… Nafisha…”. Ird tersenyum manja. Terpukau aku di buatnya.

     “Kalau bunga mawar merah maksudnya cintakan ?”. Dato’ Jaafar bergurau. Kitorang ketawa mesra…. Ird membuka kotak pemberianku itu. Cincin tue…. Terkejut kau.

     “Hei… gatalnya…. Macam nak kahwin pulak…”. Ird menarik telinga aku. Aku tersenyum maintain menahan sakit. Dato’ Jaafar dan Datin Zarina ketawa melihat telatah kami. Begitu juga tetamu yang hadir. Bagai pisang di belah lapan…. Aku cakap kau….



kredit to cidah sbb kongsi idea...=D

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;