Tuesday, June 19, 2012

Saatnya Kau Memilihku 4



Selepas peristiwa itu, Athirah Najwa tidak berani lagi untuk membelakangkan suaminya. Risau dengan baran suaminya itu. Baran suaminya mampu membunuh, itu fikirnya. Kesan libasan tali pinggang di tubuhnya masih lagi jelas. Kesakitan itu masih ada sekiranya dia terlanggar meja ataupun tersalah tidur. Namun dibiarkan sahaja tanpa memberitahu suaminya itu.
               
Saiful Adzlan juga kelihatan seperti menjauhkan diri. Bercakap hanya sekali dua sekiranya perlu. Athirah Najwa tahu, itu hukuman yang patut dia terima. Mungkin suaminya itu masih marahkan dia. Sebab itulah hanya diam yang mampu suaminya lakukan. Mujurlah Saiful Adzlan tidak pernah menolak hidangan makan tengah hari dan malamnya, begitu juga dengan salam yang dihulur setiap kali suaminya pergi bekerja. Itu sudah cukup membuatkan hati Athirah Najwa lega.

                
Entah macam mana, Athirah Najwa terjatuh di dalam tandas ketika mandi. Dia tidak perasankan sabun yang ada di bawah. Bedebuk dia jatuh. Cukup menyakitkan badannya. Terasa kesakitan bekas libasan tali pinggang itu berdenyut-denyut diikut sekali dengan kakinya yang mungkin terseliuh.
               
“Ya Allah, sakitnya.. Inilah balasan untuk aku yang tak dengar cakap suamiku.” Athirah Najwa cuba bangun. Namun dia terduduk semula. Airmata mula berlinangan. Kesakitan yang tak tertanggung oleh tubuhnya.
            
“Atie!!, kau kemana?.” Terdengar sayup-sayup suara seseorang memanggil namanya.  Namun dia tiada kudrat untuk menyahut panggilan itu.
                
“Atie!!... mana kau hah!!.” Pucat lesi muka Athirah Najwa bila mengenangkan itu suara Saiful Adzlan. Dia cuba mengengsotkan tubuhnya ke pintu. Sedaya upaya dia cuba membuka pintu bilik air itu.
                
“Ab...aba...abang... Sakit....” Saiful Adzlan yang sedang mencari isterinya itu terpempan apabila pintu bilik air itu terbuka dan pabila terpandangkan Athirah Najwa yang kebasahan serta mata yang basah dan bengkak itu, dia segera mendapatkan isterinya itu.
                
“Kenapa ni?.” Nada risau terserlah pada suara Saiful Adzlan.
                
“Ja...ja...tuh.. Atie... terpijak... sabun tu...” Athirah Najwa menunding jari pada sabun yang telah dipijaknya tadi. Riak muka Saiful Adzlan terkejut. Seingat dia, dia terlupa nak letakkan semula sabun tu ke tempat asal. Dia yang jatuhkan semasa dia mandi pagi tadi sebelum pergi kerja.
               
Patutlah dia berasa semacam sahaja semasa hendak pergi kerja. Baru separuh jalan dia dah berpatah balik semula kerumah. Rupa-rupanya ada kejadian yang tidak diingini berlaku.
                
“Boleh jalan tak?.”
                
“Kaki sakit...”
                
“Aku mandikan kau kejap. Tahan sikit sakit tu. Kejap lagi aku urut dan letak ubat.” Merah padam muka Athirah Najwa apabila mendengarkan suaminya mahu memandikannya. Saiful Adzlan mengambil kerusi dan diletaknya dia dalam bilik air itu. Kemudian dia mencempung Athirah Najwa dan diletakkannya di kerusi. Sekejap saja Saiful Adzlan memandikannya. Dia tak mahu isterinya itu kesejukan sebab dia tahu Athirah Najwa sedang sakit.
                
Segala-galanya dilakukan oleh Saiful Adzlan tanpa rasa malu dan segan sekalipun. Namun bagi diri Athirah Najwa, dia sudah tak tahu di mana dia mahu sorokkan muka.
                
“Yang kau nak malu dengan aku kenapa?. Macam aku tak pernah tengok kau macam ni?.” Athirah mengetap bibir. Memanglah suaminya itu pernah lihat dia macam tu. Namun perasaan malu itu masih ada dalam dirinya lagi-lagi tubuhnya itu masih berbekas lagi kesan libasan itu. Sejak kena belasah teruk dengan suaminya itu, manakan pernah suaminya mendatanginya.
                
“Kenapa kau tak bagitahu aku luka badan kau teruk macam ni?.”
               
“Lama-lama dia hilanglah.”
                
“Sakit lagi?.” Athirah Najwa hanya mengangguk. Saiful Adzlan mencapai minyak gamat yang berasa di sudut katil lalu diletakkannya pada kesan libasannya itu. Kesal pula dia memukul Athirah Najwa seteruk itu. Mesti isterinya menahan sakit tak tertanggung. Setelah meletakkan ubat di seluruh tubuh Athirah Najwa yang mempunyai kesan libasan itu dia mencapai kaki Athirah yang berkemungkinan terseliuh. Mujur tidak bengkak. Mungkin terpelecok sedikit semasa dia jatuh. Diurutnya perlahan-lahan. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang terjadi.
                
“Abang minta maaf sebab pukul Atie teruk macam ni.” Tutur Saiful Adzlan sudah berubah. Sesal menjalar di hatinya kala itu.
                
“Tak apa bang, Atie yang salah. Atie patut terima balasan dia. Abang tak salah apa-apa.”
                
“Jangan belakangkan abang Atie. Sekali abang marah, teruk Atie kena. Habis satu badan Atie abang libas. Abang minta maaf banyak-banyak Atie.”
                
“Salah Atie bang. Atie lawan cakap abang. Atie yang kena minta maaf, bukan abang.”
                
“Jangan buat macam ni lagi ya?. Abang tak nak kasari Atie. Abang sayang Atie. Atie tahukan? Abang sayang Atie?.” Athirah Najwa mengangguk. Dia sememangnya tahu Saiful Adzlan sudah menyanyanginya malah mencintai dirinya. Kalau tak, manakan mungkin suaminya itu mahu bersamanya. Menjaga dirinya sebaik mungkin. Membelai dirinya dengan manja.
               
“Atiepun sayang abang. Di saat abang memilih Atie dalam hidup abang.” Athirah Najwa lantas memeluk tubuh suaminya itu. Gembira dan terharu bercampur aduk di dalam dirinya. Siapa tak sayang suamikan.  

3 comments:

Amirul Nadzri said...

laa..da abis ke?? *terlopong* tak percaya aku..huhu.. pepun, kalo betul da abis, congrats ye..nice try, citer simple, tak berjela..bagus2x *kalo belum abis, abaikan, haha* ada citer baru, kontek2 ok..haha

____ana.nunu____ said...

lom habis lagilah..... hehhee....

Mime MF said...

huh dh bc semua part..best..smbgan?cpt2 tau..;p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;