Friday, June 15, 2012

Kisah Hati 1



Assalamualaikum kawan-kawan. Entry kali ini merupakan entry mengenai kisah hati. Aku akan coretkan segala kisah hati aku hari-hari mulai hari ini. Ini bermakna, korang akan membaca luahan hati seorang insan bernama aku. Segala suka, duka, gembira, sedih, manis, pahit akan aku kongsikan kepada korang. 

Kisah hati, bagaikan sebuah diari, mengenai diri ini, yang jauh di sudut hati, minta dierti, bukan minta simpati, hanya sekadar luahan hati, yang tak mampu ditanggung sendiri... fahami, amati dan nilaikan sendiri, hanya diri ini yang tahu segala kondisi, yang hanya mampu berserah pada Ilahi, Yang Maha Mengetahui....


Okey... aku tak nak menaip dalam mood yang serius. Tak best!. Sebab aku mudah bosan, apatah korang yang membacanya. kan?kan?kan?. So, aku akan menaip dalam mood santai yang memudahkan pembacaan sekaligus bagi korang baca sampai habis... hahhaha... Sebab apa? sebabnya aku sendiri tak suka baca cerita yang merapu lagi membosankan. cheewaah...

Buat pertama kali entry yang sengaja aku wujudkan dikala kebosanan yang melanda ni... aku mahu bercerita pasal masa kecilku.... ah... rindu weyh masa kecik-kecik... tak payah fikir apa. Fikir makan, main dan tidur jer. Eleh, korang pun sama. Entah2, sekarang pun dok teringatkan?. Dengan hingus meleleh, rambut mengerbang penuh kutu... kuku tak reti nak ketip... hahha.... sweet memories.... very2 sweet... =D

Masa kecik?aku sangat-sangat nakal. Ya Robbi nakal aku ni kalau nak dikatakan. Menyakat orang nombor satu, apatah lagi aku ni memang tak lekat kat rumah. Aku ni ala-ala tomboy tau masa kecik... rambut nak pendek jer... mana pernah aku bela rambut panjang-panjang. Rimas siot!....

Aku masih ingat, ada satu hari tu, aku follow dua orang abang tu pergi mandi kat anak sungai dalam hutan. Selamba badak jer follow diorang tu. Best ooo dapat mandi sungai... first time tu... hahhaa.... dahtu tak reti nak balik. Dah petang nak gelap dah time tu, baru nak balik. Balik rumah kena bebel dengan mak. hahha.... 

Dasyat tak dasyat aku yang perempuan ni buat perangai jantan. Lepak dengan orang besar macam aku besar sangat masa tu. Yang aku nak cakap, perangai budak2 lelaki zaman dulu tak sama macam sekarang yang dah terlebih advance. Serius aku cakap, walaupun aku ni perempuan, abang-abang ni jaga aku baik-baik tau masa ikut diorang. Tak adalah diorang nak apa-apakan aku. Aku fikir juga, kemana hilangnya perangai yang macam ni di zaman baru ni. Budak-budak dah pandai tuttttttttttttttt..... tak mau cakap, anda mampu menilainya. hahahha............ zaman dah berubah kan... nilai jati diri pun turut sama berubah....

Nak cerita pasal zaman kecik-kecik memang tak kan habis. Sebab banyak benda yang aku buat masa kecik. Budak nakal + berani mati macam aku, mesti banyak benda nak buat. Lain kalilah aku bercerita. Banyak masa lagi. hehheee.....


2 comments:

Amirul Nadzri said...

perhhh..lepak ngan abang2.. jiran ke? tu la, aku pun pelik, mana ilang sifat2 yang ang sebut tu.. tapi, trust me, ada lagi manusia2 yang berakhlak mulia..haha

citer masa kecik memang banyak..takkan abis. tapi orang2 macam aku ni, da macam hilang ingatan je. tak berapa nak ingat memori tu..huhu

____ana.nunu____ said...

jiran2 sekampung.. hehhe.... zaman dulu, xtvt kebanyakkannya main luar rumah, gi mandi sungai, skang??internet...internet...internet... mn nk ada xtvt yg mcm dulu2... that why knp majoriti budak2 zmn skng ni K.O sbbnya diorng mudah terikut dgn bnda yg diorang bc/nmpk kat internet. hahha..... lg2 skng zaman da mudah...

yup xdinafikan masih ada yang BAIK... n i hope yg baik ni dapat kawal diri jgn jd xbaik.. hahha... manusia boleh berubah...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;