Thursday, June 7, 2012

AA + YA = Cinta Hati




Straight to the point, aku malas nak bermukadimah-mukadimah ni. Nanti aku bermuka-muka pula bila aku start membanggakan diri sendiri. Almaklumlah, anak Pak Ungku Shahril ni memang begini. Dah lah handsome, hidung mancung terletak, berkulit cerah, lagi-lagi aku mempunyai ketinggian 182cm. Sesiapapun akan tertarik dan tergoda dengan aku. Hah!!, kan aku dah cakap, belum apa-apa aku dah riak. Haishh… ada aku kesah??, kalau tak diri sendiri yang puji melambung-lambung, siapa lagi kan??. Nak harap awek aku puji aku, awek pun tak ada. Bukan tak ada yang mengayat aku, tapi aku rasa diorang tu hanya nak rapat dengan aku sebab aku ni handsome tahap Tom Cruise. Poketpun tebal juga ni. Tak mahu aku, diorang ni semuanya materialistik dan plastik!.

Tapikan, hati aku dah tertarik dengan seorang awek ni. Dia bukan siapa-siapapun dengan aku. Sahabat baik aku dari kecil lagi. Hanya dia seorang sahaja yang faham pasal diri aku. Mungkin disebabkan kami dah lama bersahabat. Dari kecil pulak tu. Sebab itulah keserasian itu ada. Namun, aku tak nak rosakkan persahabatan kami, kerana perkara sebegini, boleh jadi musuh tau. Aku tak mahulah. Aku sayang dia…

Amirah Qhadeejah bt. Ahmad Suffian. Sedapkan nama dia. Dia ni taklah secantik Erra Fazira. Tapi dia comel macam Siti Nurhaliza. Cuma… cuma…. She a bit cubby. Ai… geramnya aku kalau dapat picit-picit ni. Usia kami sebaya, cuma yang membezakan kami, aku tua 2 bulan jer dari dia. Perkara yang buat aku suka dan jatuh sayang pada dia, dia ni memahami dan selalu tolong aku kalau aku ada masalah. Masalah apa lagi kalau tak masalah kena kejar dengan awek-awek yang mahukan aku. Memang bermasalahkan?.

Panjang lebar pula aku bercerita sampai lupa nak perkenalkan diri sendiri. Mesti korang nak tahu nama aku siapakan?. Nama pemilik tubuh tinggi lampai serta handsome memikat ni ialah Ungku Ariz Aizad bin Ungku Shahril. Nama yang unik dan lagi best ni diberikan oleh mama aku, Syarifah Aminah. Aku lebih selesa dengan nama Aizad. So, sampai sekaranglah nama Aizad ni melekat di mana-mana mulut kawan-kawan aku. Cuma, Amirah Qhadeejah sahaja yang suka memanggil aku AA. Singkatan dari Ariz Aizad katanya. Whateverlah, janji ada nama dari hoi…hoi…. Betul tak??.
      
“Ya, kita kahwin nak tak?.” Aku dah agak, mesti minah ni terkejut beruk.

“AA nak kahwin dengan Ya?. Biarlah betul sikit AA oii. Desperate sangat ke.” Memang tak sayang mulutlah si Amirah Qhadeejah ni. Aku punyalah serius nak kahwin dengan dia. Dia main selamba je.

“Yerla, betullah. AA nak kahwin dengan Ya. Takkan tak boleh.”

“Merepek la AA ni. Taknaklah kahwin dengan AA. Tak best!!.” Tak best??. Belum kahwin lagi dah kata tak best. Mana dia tau aku ni tak best ni.

“Apa yang tak bestnya?. Belumpun kahwin lagi. Jangan pandang orang tak ada mata okey?.”

“Ya pandang AA pakai spek matala… ahahha….. AA!!. Kalau nak sangat kahwin, pergilah lamar mana2 perempuan yang dok gila-gila terkejarkan AA tu. Ya pasti dan tersangat pasti, mesti berebut nak terima AA.”

“Huh!... masalahnya sekarang ni, AA nak Ya. Bukan orang lain. Ada paham tak sayang oi!!!!.”
“Yang AA nak marah-marah ni kenapa. Ya taknaklah. Ya tak suka kat AA.” Gulpp… Amirah Qhadeejah tak suka aku?. Dia ada orang lain ke?. Dia suka kat sapa pulak ni.

“Lepas kahwin boleh suka apa?.”

“Eii…tak paham bahasa melayu la AA ni. Ya tak suka tak sukalah. Ya tak nak kahwin dengan AA. Ada paham??!!.” Aku tarik muka empat belas. Sampai hati Amirah Qhadeejah ni tolak lamaran aku. Dia tak tahu ke, aku tak pernah layan perempuan lain selain dia. Aku tak keluar dengan perempuan lain selain dia. Huh, kecewanya aku bila kena tolak. Rasa malu pun ada gak. Mana nak letak muka aku ni lepas ni. Mesti Amirah Qhadeejah gelakkan aku. Rasa macam nak menyorok bawah katil jer sekarang ni.

“AA paham sangat. AA ni tak layakkan nak hidup dengan Ya. Dah lah tak hensem macam Radzi tu. Kulitpun semakin hari semakin gelap sebab berjemur kat site. Tak apalah. AA sedar.” Radzi?? Ahmad Radzi Zainuddin. Aku kenal sangat-sangat dengan pemilik nama ni. Sape lagi kalau tak musuh ketat aku. Aku pantang betul kalau Amirah Qhadeejah selalu cerita pasal mamat ni. Bengkak je hati ini. Tapi kalau ikutkan, aku lagi handsome dari dia. Biasalah, nak merendahkan diri yang tinggi ni pada Amirah Qhadeejah kan. Kenalah berpura-pura sikit.

“Ape kena mengena ngan Radzi plak ni!.”

“Ya sukakan dia kan. Sebabtu taknak terima AA ni.”

“Dahlah… AA ni sakit jiwa agaknya!!. Malas nak layan!!.” Alamak, dia dah marahlah. Habislah aku kalau macam ni. Makin susahlah aku nak ambil hati dia ni.

“Amirah Qhadeejah. Serius AA cakapni. AA sayangkan Ya. AA taknak lepas Ya pada sesiapa waima pada Radzi pun. Sebab Ya kawan baik AA. Ya sahabat merangkap teman AA. AA tak sanggup kalau tak ada Ya. Dari kecik Ya sentiasa ada untuk AA. AA dah pikir masak-masak. Dari AA melayan perempuan-perempuan yang hanya nampak duit AA je, baik AA bagi duit AA kat Ya. Sebab AA tau, Ya pandai simpan duit.” Hah kau, beraninya aku berterus terang.

Aku tengok wajah Amirah Qhadeejah terkejut dengan setiap bait ucapan aku. Niat aku betul. Aku nak memperisterikan dia. Bukan main-main tau. Serius ni. Baik punya serius. Tapi kenapa Amirah Qhadeejah ni macam semacam je pandangan dia pada aku. Tak betul  ke apa aku cakap ni?. Ke tak dengar apa aku cakap?. Memang nak kenalah minah ni. Gerampun ada gak sekarang ni.


“Ya dengar tak AA cakap apa??.”

“Hah!!.” Ya ampun minah ni, dia ni mengelamun ke, berangan ke apa ke ni. Tak paham aku!!.    
                                                               
“Ya!!.” Jerit aku sedikit mengejutkan lamunan si Amirah Qhadeejah ni.

“Yer.. Ya tak pekak lagilah AA. Janganlah jerit-jerit.”

“Dah tu, yang dok buat muka terkejut tu kenapa?.”

“AA lah, Ya terkejut dengar apa AA cakap. Macam orang tak betul.” Aku rasa macam nak cekik-cekik je minah. Aku punyalah susah nak luahkan isi hati dia cakap aku tak betul. Memang nak kenalah si Amirah Qhadeejah ni.

“AA serius, Ya cakap orang tak betul. Isyh… macam mana nak jadi isteri mithali ni?.”

“Dah kahwin nanti, barulah Ya jadi isteri mithali, sekarang ni ikut suka hati Ya la nak cakap apa.” Amirah Qhadeejah cakap apa ya?, macam lain macam je bunyinya. Adakah??. Aku pandang pelik wajahnya dan akhirnya senyuman nakal, ku lemparkan buatnya. Dia setuju?? Yahoo……

“Apa pandang Ya macam tu?.”

“Kita kahwin yer, nanti AA bincang dengan ayah dan emak.” Aku lihat Amirah Qhadeejah mengangguk. Kelihatan pipinya kemerahan menahan malu. Tapi aku suka. Lantas pipi gebu miliknya aku cubit-cubit geram. Lepas laku aku kali ni.

“AA!!, sakitlah!!!.”

“Sorry-sorry… AA suka sangat tengok Ya macamni. Rasa macam nak menikah esok jer.” Aduii….. sedapnya cubitan ketam si Amirah Qhadeejah ni. Tak pasal-pasal aku kena cubit. Ungku Ariz Aizad…. Sabar ya… jaga sikit perangai tu. Hahhaaa…. Tapi aku tengah happy ni, lantakkan.

Lepas jer aku explain dengan ayah dan emak. Mereka sokong seratus peratus dengan pilihan hati aku. Si Amirah Qhadeejah tu. Almaklum, emak memang dah lama berkenan dengan minah comel lagi gebu ni sejak dari dulu. Lagi-lagi emak dia dengan emak aku kawan dah lama. Kiranya aku dan Amirah Qhadeejah ni perapat hubungan mereka lah. Sudah rapat, dieratkan lagi.

Bincang punya bincang punya bincang, akhirnya kata sepakat dah termeterai. Majlis pertunangan akan dilangsungkan serentak dengan majlis pernikahan nanti dalam masa sebulan dari sekarang. Wah??, siapa yang excited ni??. Aku ke? Family aku yang excited nak sambut menantu?. Almaklumlah, anak tunggal Ungku Shahril dan Syarifah Aminah ni nak berkahwin.

“Aizad, nanti dah kahwin, tinggal kat mana?.” Tanya emakku. Ni mesti dia nak aku stay kat rumah agam ni.

“Aizad nak stay kat apartment kita tu lah. Nak rasa hidup berdua. Kenapa mak?. Mak nak join us ke?. Hahhaa…..”

“Kalau mak join, baik kamu stay di sini. Rumah ni banyak bilik. Kau takda… sunyilah mak.”

“Biarlah dia nak berdikari maknya. Dah 28 tahun dah. Si Amirah tu ada boleh tengok-tengokkan anak manja awak ni.” Fuh…thanks ayah. Sejak 28 tahun aku hidup, mana pernah aku keluar dari rumah ni. Nak study kat oversea pun aku cancelkan sebab tengok muka emak dah cembeng jer bila aku dapat tawaran ke UK. Akhirnya nun kat UITM Shah Alam juga aku menapak hari-hari pergi kuliah. Alahai emakku seorang ni. Kes aku tak ada adik beradiklah nih emak jadi macam ni. Tak boleh berjauhan, nanti rindu. Ni yang aku nak merancang dapat 10 orang anak ni. Bagi emak cucu dan tak sanggup nak melayan nanti. Huyoo… jauhnya aku berangan.

“Tapi yah, nanti mak rindukan dia.”

“Rindu?.. Puan Syarifah Aminah oii… internetkan ada. Telefon pun ada. Apa susah. Biarlah si Aizat tu berdikari. Dah tua bangka masih nak duduk  bawah ketiak mak.”

“Ayah!!. Bila pulak Aizad duduk bawah ketiak mak??.” Aku terdengar ayah ketawa. Peril aku lah tu. Memang aku anak emak apa. Sebab emak punya pasal, akan aku turutkan. Cheewah….

“Aku terima nikahnya Amirah Qhadeejah bt. Ahmad Suffian dengan maskahwinnya senaskah Al-Quran.” Aku terdengar-dengar orang di sekeliling aku berbisik-bisik. Sah… sah.. sekali lafaz je. Hah??... sah??, sekali lafaz??. Maknanya??aku dah jadi suami Amirah Qhadeejah. Yahoooooo!!.... teruk bebenar akukan. Hahha…. Gembira beb. Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Lafaz qabulku tadi menandakan aku perlu pikul tanggungjawab yang besar lepas ni. Aku perlu bersedia menjadi nakhoda dalam rumah tangga aku.

“Aizad, tahniah…” Aku tersenyum bangga.

“Ya dah jadi isteri AA. Lepas ni jangan nakal-nakal tau.” Aku membisikkan sesuatu di telinga Amirah Qhadeejah disaat upacara membatalkan air sembahyang dilaksanakan. Tanganku disalam dan diciumnya. Terdetik satu perasaan halus dalam hati aku dan akhirnya dahinya ku kukucup buat kali pertama. Alangkah syahdunya saat ini. Tiba-tiba airmata lelaki aku menitis. Alamak… malunya aku. Tapi aku control beb. Hahha….

“Aizad dan Mira, tahniah yer atas pernikahan kamu berdua. Aku doakan korang-korang bahagia ke anak cucu. Tak sangkakan, kawan baik jadi suami isteri.” Ujar Malik kawan rapatku juga.

“Jodoh beb. Terima kasih doakan kami.”

“Aku dah agak da, mesti korang ada apa-apa.”

“Mana ada apa-apalah. Kitorang nanti bercinta lepas kahwin ni lah….” Memangpun, aku dengan Amirah Qhadeejah mana pernah bercinta. Baru nak berlajar bercinta ni. Walaupun aku dah kenal lama dengan minah ni, ada juga benda yang aku tak tahu. Dah jadi suami isteri ni, faham-faham sudah.

Selesai sudah semua majlis yang telah diaturkan ini. Kepenatan yang tak terhingga aku rasakan. Segala otot dan sendi aku terasa sakit. Almaklumlah, walaupun aku ni pengantin raja sehari, aku rajin kan badan aku tolong apa patut. Almaklumlah, walaupun majlis dibuat di dewan dan segalanya telah diatur, aku tak menang tangan juga sebab aku nak semuanya berjalan perfect seperti yang aku rancang. Syukur kehadrat Ilahi, segalanya selamat dan sempurna seperti yang aku impikan. Kalah perempuan aku kan???. Hahhaa…. Satu kepuasan apabila segalanya diatur sendiri. Lagi-lagi untuk majlis sendiri.  Majlis ni buat sekali ini saja, senang. Bukan apa, tak nak membazir. Hahahaha….

Dalam bilik peraduan yang telah dihias indah. Ini semua emak punya kerja. Habis dihiasnya dengan bunga. Nasib baik bunga kesukaan Amirah Qhadeejah. Bilik aku dah jadi bilik perempuan. Habislah aku lepas ni. Segala barang-barang aku dah kena campak. Jenuh la aku nak mencari nanti.

“Ya, tengok bilik ni. Seram AA tengok.”

“Cantik apa. Ya sukalah.” Huh!!. Mentang-mentanglah bilik aku ni dihias ikut warna kesukaan dia. Ini tak boleh jadi ni.

“Huh!!. Tak sukalah!.”

“Ya suka. So, kalau AA tak suka, pergi cari bilik lain.” Amboi-amboi bini aku yang seorang ni. Sampai hati suruh aku cari bilik lain. Malam pertama lak tuh.

“Ya ni memang nak kena ni.” Selamba jer dia ni jelir-jelir aku. Aku cium baru tau.

“AA lah, emak susah-susah hias bilik ni, AA tak suka. Cantik apa. Tenang je.” Memang lah cantik, tapi ini bilik tidur, bukan taman bunga. Itu yang aku tak suka tu. Takpelah, tak lama pun bunga-bunga ni kat sini. Esok lusa dah kena ambil balik.

“Yelah-yelah. Ya sukalah, tu sume bunga yang Ya suka. Lagi-lagi bunga nikan?.” Aku mengambil sekuntum bunga lily dan menyerahkan kepada Amirah Qhadeejah.

“Thank you AA…”

“Sama-sama kasih Ya sayang. Jom tidur. AA penat sangat-sangat. Mujur AA dah ambil 2 minggu cuti. Nanti kita pergi honeymoon yer.”

“Sompoerna?.” Aku dah agak dah, tak ada tempat lain yang dia nak pergi. Sejak menjejakkan kaki kali pertama ke Sempoerna, ketika itu aku dan dia berumur 15 tahun. Ada kenangan kami di sana.

“Tak!!.”

“Dah tu??.”

“Kita ke Bali. Okey?.”

“Tapi….Ya nak ke Sempoerna juga.” Aku tau, itu angan-angan Amirah Qhadeejah. Kalau dia kahwin, dia mahu ke sana. Sebab kepulauan  di sana amat cantik dengan permandangan yang indah.

“Okey-okey, after ke Bali, kita ke sana ya sayang. Jom tidur. AA dah tak larat dah ni.”

“Okey, selamat malam.” Amirah Qhadeejah merenungku tiba-tiba. Ni yang buat aku seram bulu roma nih.

“Kenapa Ya?.” Dia hulurkan tangannya lantas aku menyambutnya. Tanganku dikucup penuh hormat. Terasa diri dihargai tika ini. Berdebar-debarpun ada. Alahai…

“Mulai malam ni, sebelum tidur Ya nak salam tangan AA, nak minta maaf dengan AA. Semoga bangun pagi esok, Ya bangun tidur dengan azam dan matlamat yang baru.” Terpegun aku seketika. Ungkapan Ya membuatkan aku terharu. Pipinya kucium.

“AA sayangkan Ya. Mulai saat ini, kita akan berkongsi segalanya. It take two to tango. Ya pelengkap hidup AA dan AA akan cuba melengkapi hidup Ya.”

Enam bulan berlalu dengan begitu pantas seiring dengan perkahwinan aku dengan Amirah Qhadeejah. Meskipun dalam perhubungan kami  ini ada pasang dan surutnya, Alhamdulillah aku bijak menangani masalah jika ada berlaku perselisihan faham.

“Ya ni kenapa?. Tak sihat?.”

“Entahlah Yang, Ya rasa loya je tekak ni.” Kenapa dengan isteri aku nih. Salah makan atau ini petanda aku akan jadi bapak?. Yahoooo!!...sukanya aku kalau betul tekaan aku ni.

“Ya pregnant ke?. Your period?.” Aku melihatnya berkerut-kerut dahi seperti memikirkan sesuatu.

“Ya da lambat 2 minggu.” Jawapan Amirah Qhadeejah membuatkan aku lebih teruja.

“Jom pergi klinik. Mana tahu Ya pregnant.” Senyuman bangga aku lemparkan buat isteriku ini.

“Ya pregnant?. Awalnya.” Aik?, dia tak suka ke kandungkan anak aku?. Patut dia sama-sama happy. Mesti dia ni terkejut kot. Almaklumlah, first time kan.

“Kenapa kalau awal?. Ya tak sedia lagi ke nak jadi umi macam yang Ya impikan sebelum ni?.”

“Bukan macam tu la Yang, kalau  betul Ya pregnant, Ya lah manusia paling gembira sekali.” Tanganku digapai oleh Amirah Qhadeejah lalu dibawa keperutnya.

“Ya bersyukur sebab Ya diberi peluang nak lahirkan anak kita. Jomlah Yang. Kata nak bawa Ya ke klinik.”

Alhamdulillah, Amirah Qhadeejah disahkan mengandung 4 minggu. Aku amat gembira tak terkira. Almaklumlah, akukan lelaki terhebat. Haahahaa…. Mana lelaki tak bangga bila isteri sendiri mengandung. Itu membuktikan aku ni hebat. Tapi cukuplah kehebatan aku ni, aku kongsi dengan isteri aku jer. Tak sanggup untuk aku menduakannya sebab dialah insan yang paling aku cinta.

Teringat aku kisah di awal perkahwinan kami. Biasalah, aku dan Amirah Qhadeejahkan sahabat baik dari kecil. Kekok tu tak ada, tapi malu tu masih menguasai. 

“Ya… Ya sayang AA tak?.”

“Tak…”

“La, kenapa pula. Kalau tak sayang AA, kenapa kahwin dengan AA??.”

“Dah AA beria nak kahwin. Ya setuju jer lah. Kesian kat AA nanti kalau Ya tolak.” Biar betul bini aku seorang ni.

“Ya serius tak sayangkan AA?.” Aku rasa bersalah pulak kalau macam ni. Kahwin dengan Amirah Qhadeejah tanpa mengetahui yang dirinya tak menyayangi aku?.

“Tak…. Sesungguhnya tak!!.” Aku dah tarik muka empat belas.

“Buat apa perkahwinan kita ni?. Ya menyesal?.” Aku nampak dia sedikit tersengih, macam nak mempermainkan aku.

“Ya nak menyesal pun dah tak guna AA. Dah menikahpun. Dah jadi isteri AA pun.”

“Kenapa tak cakap awal-awal?. Kalau AA tahu Ya tak suka dengan perkahwinan kita. AA tak akan teruskan.” Aku dah mula panas. Sakit hati pun ada ni.

“AA… Ya tak habis cakap lagi lah…. “ Aku memandangnya sekilas.

“Demi Allah, Ya sangat-sangat sayangkan AA. Kasih dan cintakan AA. Selepas jer AA lafaz ijab dan Kabul haritu, Ya dah serahkan hati Ya pada AA. I love You sayang.” Tanganku ditarik dan diciumnya. Lega hati aku bila Amirah Qhadeejah cintakan aku.

“Terima kasih Ya. AApun sangat-sangat sayang, kasih dan cintakan Ya.” Ku tarik erat tubuh Amirah Qhadeejah merapatiku dan kupeluknya kejap. Bagaikan tak boleh dipisahkan lagaknya. Betullah orang kata, manisnya cinta selepas kahwin lebih terasa.  Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang ini buat aku.


Di pejabat,
“En. Aizad, ada call dari hospital.” Aku pelik. Hospital? Kenapa?

“Okey, pass to me.”

Sesaat kemudian aku terlopong mendengar keterangan dari pegawai hospital. Jantungku bagaikan berhenti berdenyut apabila perkhabaran ini sampai ditelingaku. Ya Allah, selamatkanlah isteriku.

Selepas mendapat maklumat, aku terus ke hospital tanpa berlengah lagi. Amirah Qhadeejah kemalangan jalanraya. Kereta yang dipandu olehnya telah dirempuh oleh sebuah kereta yang pemandunya mabuk. Risaunya hati aku. Isteriku masih di wad kecemasan dan harapannya 50-50. Ya Allah, kau lindungilah isteri dan anak aku.

“En.Aizad, kami dah cuba sedaya upaya. Isteri dan anak encik tak dapat diselamatkan.” Innalillahiwainnalillahirojiun…. Daripadanya kau datang, kepadanya kau kembali… airmata yang aku cuba tahan sejak dari tadi mengalir juga memecahkan empangan mata ku.

“Ya dah tak ada?.” Laungan suara emak kedengaran. Emak dan ayah serta kedua mentuaku tiba serentak di depan wad kecemasan. Ku lihat emak bagaikan tak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Ye emak, Allah lebih sayangkan mereka.” Aku cuba mengawal diriku. Kesedihan perpisahan ini amat memeritkan jiwaku. Ya Allah, besarnya ujian yang kau berikan padaku tika ini. Di saat aku menanti kelahiran anak sulungku yang hanya tinggal sebulan lagi melihat dunia, Kau lebih menyayanginya… aku redha Ya Allah. Inilah ujian terhebat bagi aku.

“Ya dan anakku tersayang, bersemadilah dengan aman di sana.” Aku terus meninggalkan pusara isteri dan anakku itu. Melangkah kedepan tanpa menoleh lagi. Aku kena kuat, aku kena tabah. Kehidupan aku perlu diteruskan.

“Ya, AA akan sentiasa melawat Ya dan anak kita. AA janji dengan Ya.”


TAMAT!!


my 2nd cerpen @ PENULISAN 2U… kalau ada yang perlu diperbetulkan, sila tegur2 saya ya….



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;