Wednesday, June 13, 2012

Saatnya Kau Memilihku 2



2 bulan berlalu,


Athirah Najwa, gadis misteri yang tiba-tiba muncul sebagai suri di hari Saiful Adzlan. Ingin disulami hati isterinya itu, ingin ditanya siapa sebenarnya. Namun ego lelakinya menguasai. Bukan dia tidak kesiankan isterinya itu, tapi bila dia mengingatkan semula bahawa dia menikah dengan Athirah Najwa disebabkan tangkap basah. Dia jadi geram. Dia bagai menyalahkan Athirah Najwa kerana sengaja memerangkapnya. Padahal dia sedar, Mahzan yang membuat onar.

Gadis berlesung pipit, bermata galak dan berwajah putih langsat itu akur sahaja dengan arahan dirinya. Tidak pernah membantah, malahan diturutkan. Senyumannya, memikat hati Saiful Adzlan dalam diam. Dua bulan hidup serumah, manakan dia dapat menahan gelojak nafsu lelakinya bila terpandangkan Athirah Najwa. Sebab itulah dia melayan antara nak dan tidak sahaja.

Entah kenapa, Saiful Adzlan tiba-tiba bertanyakan isterinya itu. Tika itu, dia sedang menikmati hidangan makan malam. Dia sendiri mengakui, masakan isterinya itu semakin hari semakin menyelerakan.


“Kenapa kau lari rumah?.” Athirah Najwa memandang Saiful Adzlan. Sudah dua bulan, baru kini suaminya itu mahu bertanya.

“ Atie kena paksa kahwin.”

“Bukan sekarangpun kau kena paksa kahwin jugak.”

“Atie tak suka dia. Dia kaki perempuan, dia kaki botol. Sebabtu Atie lari masa malam pernikahan Atie. Mama Atie yang paksa Atie.”

“Kau dari KL?.” Athirah Najwa mengangguk.

“Kau anak somebody?.” Saiful Adzlan cuba meneka. Setahu dirinya, kalau sudah masuk campur tangan keluarga, mesti keluarga itu dari golongan berada. Sombong tak bertempat.

“Atie bukan anak sesiapa!!.” Jerit Athirah Najwa. Dia sakit hati kalau perihal keluarganya dibangkitkan. Hakikatnya, Athirah Najwa adalah anak Tan Sri Ahmad. Anak perempuan tunggal pemilik  Empayar Ahmadi Global. Disebabkan keluarga dia yang terlalu mementingkan duit berbanding anak sendiri, papanya sanggup menyerahkan dirinya kepada Syahrizal, anak Datuk Hisyam semata-mata kepentingan perniagaan.

“Yang kau menjerit ni kenapa?.” Athirah Najwa terdiam.

 “A..A…Atie… Atie minta maaf. Tapi Atie tak suka cakap pasal keluarga. Mereka tak layak jadi keluarga Atie. Sebab duit, sebab harta, Atie ditendang kesana kemari!!.” Athirah Najwa mula menangis. Jelas kekecewaannya disitu. Hatinya sakit, jiwanya pedih.

 “Baik kau terus terang. Kau siapa sebenarnya?.” Saiful Adzlan bagaikan tak sabar mahu tahu tentang perihal isterinya itu.

Athirah Najwa hanya mengeleng-geleng. Dia enggan bercerita. Biarlah dia simpan sendiri siapa keluarganya. Dia memandang Saiful Adzlan dengan airmata yang tidak berhenti mengalir, meminta pengertian agar lelaki itu tidak mendesaknya.

“Okey… okey… aku tak tanya lagi. Dah… habiskan nasi kau tu cepat.” Kesal mula terasa kerana salah masa bertanya. Nasi di pinggan isterinya itu dilihatnya langsung tidak berusik.

“Atie dah kenyang.”

“Makan pun tak, kau kata kau kenyang?. Dari tadi terkuis-kuis nasi tu.” Saiful Adzlan lantas mengambil pinggan itu. Lauk dan sayuran dicedok kedalam pinggan dan kemudian dia menyuakan nasi dijemarinya untuk disuapkan pada Athirah Najwa.

“Makan… aku suapkan kau.” Athirah Najwa menggeleng, tapi bila memandang mata Saiful Adzlan bagaikan sudah memberi hukuman, akhirnya dia makan juga sehingga habis.

“Macamnilah isteri abang...” Selesai sahaja Athirah Najwa makan, Saiful Adzlan mengusap-usap kepala isterinya lagak anak kecil sahaja. Athirah Najwa pula sudah ternganga apabila mendengar suaminya itu menggelarkan dirinya abang.

“Abang….”

“Ye sayang….”

“Terima kasih….” Senyuman manis tersungging di bibir Saiful Adzlan. Entah kenapa dia merasa ketenangan jiwa ketika itu. Bagi pihak Athirah Najwa pula, dia terasa hairan. Namun hatinya berbunga riang. Bersyukur kerana suaminya itu kelihatan semakin berlembut.

“Dah, pergi kemas meja tu. Abang nak ke depan.” Athirah Najwa hanya mengangguk namun sempat juga dia memandang Saiful Adzlan yang sudah berjalan menuju ke depan rumah kayu tersebut. Rumah yang sudah usang tapi masih lagi boleh diduduki oleh mereka. Satu-satunya harta yang Saiful Adzlan miliki hasil peninggalan kedua orang tuanya.

Sesudah mengemas dan membersihkan dapur, Athirah Najwa pergi mendapatkan Saiful Adzlan. Dia melabuhkan punggungnya di sisi suaminya itu yang sedang leka menonton berita utama TV3. Perasaan malu dan takutnya masih menebal namun dia beranikan diri untuk duduk di sisi suaminya. Entah kenapa, dirinya tiba-tiba ingin bermanja dan rasa mahu didampingi.

Saiful Adzlan pula hanya buat tidak tahu sahaja, namun tidak pula dia menghalang tubuh genit isterinya itu berada di sisinya. Kalau tidak, jangan harap Athirah Najwa dapat mendekati dirinya. Apatah lagi dirinya sendiri untuk merapati isterinya. Dia tersenyum sendiri bila mengenangkan yang isteri sangat berani ketika ini.

“Abang penatlah, tolong urut boleh?. Lenguh-lenguh badan ni mengerjakan sawah tu.”

“Boleh, abang baringlah. Atie urutkan.”

Athirah Najwa ingatkan Saiful Adzlan akan bangun dan baring di lantai. Tapi tidak, di sofa yang sempit itu jugalah Saiful baring setelah baju melayu yang disarungkan di badannya dibuka. Dia membalikkan badannya, kepalanya betul-betul di paha Athirah Najwa. Lagak anak kecil di riba ibunya sahaja rupanya. Saat itu Athirah Najwa sangat berdebar-debar kerana pertama kali dia dirapati oleh seorang yang bergelar lelaki. Manja semacam pula dilihatnya Saiful Adzlan ketika ini.


“Cepatlah yang, urut abang ni.” Athirah Najwa terus saja mengurut.  Kasihan dia melihat suaminya itu. Terpaksa berpenat lelah mencari rezeki untuk sesuap nasi. Dia perasan juga sejak akhir-akhir ini, Saiful Adzlan pasti akan membeli barang-barang keperluan harian seminggu sekali. Tak lupa juga dengan keperluan dirinya. Terharu juga dia rasakan sebab suaminya itu betul-betul menjaganya dengan baik walaupun dia tahu, sukar untuk suaminya itu menerima kenyataan bahawa dia perlu menggalas tanggungjawab dan beban hidup berumah tangga. Menitis airmatanya ketika itu dan air mata itu tumpah jatuh ke wajah Saiful Adzlan.

“Kenapa ni?. Suruh urutpun dah menangis. Belum suruh buat benda lain pun.” Saiful Adzlan cuba memprovokasi isterinya itu.

“Mata masuk habuk lah.”

“Ye ke.. mari abang tiupkan mata tu.” Saiful Adzlan yang seakan mempercayai kata-kata Athirah Najwa bangun dan segera meniup mata isterinya itu beberapa kali. Terharu Athirah Najwa lagi ketika itu. Semakin deras airmata dia mengalir.

“Aik, kenapa ni?, takkan masuk habuk lagi?.”

“Tak... tak... Atie terharu sebab abang ambil berat pasal diri Atie.” Jujur Athirah Najwa memberitahu suaminya.

 “Atiekan isteri abang. Selagi Atie masih isteri abang, hormatkan abang, ikut dan dengar cakap abang, abang akan jaga Atie baik-baik.”


“Tapi... orang kat luar sana, selalu hina abang, kutuk abang. Sampai Atie tak sanggup nak keluar rumah.”

“Jangan keluar rumah, duk je dalam rumah. Biarlah diorang tu, lama-lama berhentilah diorang mengata tu. Bila kita hidup susah dan merempat macam ni lah orang akan pandang hina kita.”


“Takkan abang terima ja apa yang orang kampung cakap??.”

“Atie, masuk sini, keluar sini.” Saiful Adzlan menunjukkan gaya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Pekakkan telinga, butakan mata. At least kita masih ada sikap hormat kat orang dah cukup. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Sabar itu banyak hikmahnya Atie.” Tutur Saiful Adzlan lagi. Luhurnya hati seorang suami. Kata Athirah Najwa dalam hatinya. Baru dia tahu keperibadian suaminya macam mana. Seorang yang panas baran sekiranya tidak mengikut kata. Namun seorang yang sangat baik budi pekertinya. Athirah Najwa berjanji tidak akan melanggar kata-kata suaminya itu. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;