Wednesday, July 4, 2012

Saatnya Kau Memilihku 5



Setahun berlalu dengan pantas...

“Kau Saiful Adzlan bin Aziz?.”
          
“Ya encik. Saya Saiful Adzlan. Ada apa ya?. “ Saiful Adzlan sedikit pelik dan puas dia memikirkan siapakah yang menegurnya itu. Wajah segak dan tampan lelaki di depannya dipandang atas ke bawah. Sekali imbas Saiful Adzlan rasakan macam wajah isterinya ada juga. Mungkinkah lelaki yang penuh bergaya ini saudara mara Athirah Najwa?. Hatinya mula dirundung kerisauan.
             
“Bawakan aku berjumpa dengan Athirah Najwa.”
             
“Encik ni siapa?.” Saiful Adzlan cuba berbahasa. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
               
“Aku abang dia. Athiff Najmi b. Tan Sri Ahmad.” Saiful Adzlan sudah terjelopok ke tanah bila mendengarkan nama lelaki itu. Jadi selama ini, dia beristerikan anak Tan Sri. Kerisauan jelas terpamer di wajah Saiful Adzlan.
                
“Kau jangan risau. Aku datang dengan niat yang baik. Aku cuma nak jumpa dengan adik aku.”
                
“Baik encik, marilah.... encik ikut motor buruk saya ni ya.” Athiff Najmi mengangguk. Dia sedikit lega apabila melihat wajah Saiful Adzlan. Mesti adiknya dijaga dengan baik oleh lelaki itu. Fikirnya.
                
“Atie... Atie.... “
               
“Ye abang.. kenapa balik awal?.”
               
“Ada orang nak jumpa.”
                
“Adik... “ terlopong mulut Athirah Najwa memandang wajah abang kandungnya. Dia berlari ke arah abangnya lantas dipeluk erat.
                
“Along datang dengan siapa?.”
                
“Along sorang je. Adik sihat?.” Athirah Najwa tersenyum manis memandang abangnya. Masakan tidak sihat kalau dirinya sudah gemuk begitu.
                
“Adik sihat je along. Tak lama lagi along jadi Pak Long. Lagi beberapa bulan je lagi adik nak bersalin.”
                
“Adik bahagia?.”
               
“Bahagia sangat-sangat along. Adik rasa, kalau adik kahwin dengan Syahrizal tu, belum tentu adik sebahagia ini.” Athiff Najmi mengangguk. Dia amat mengenali siapa sebenarnya pemegang nama Syarizal itu. Kaki botol serta bapa segala buaya yang ada di kota besar Kuala Lumpur itu.
                
“Along, ni suami adik. Saiful Adzlan. Dia yang jaga adik selama ni. Abang, dia ni along Atie. Abang kandung Atie.” Saiful Adzlan dan Athiff Najmi bersalaman. Namun kegusaran masih lagi berlegar-legar di hati Saiful Adzlan.
                
“Terima kasih sebab jaga adik aku baik-baik. Kalau boleh, aku nak bawa kau orang berdua balik ke rumah papa dan mama.”
                
“Tak nak along. Adik lagi sanggup tinggal di sini.”
                
“Adik sanggup tinggal di sini dengan cemuhan, hinaan, cercaan orang-orang kampung?. Along dah siasat semuanya adik. Kamu berdua kena tangkap basah bukan?.” Athirah Najwa menunduk. Dia malu, malu kerana pernikahan mereka sebab terpaksa. Malu sebab masih lagi menerima kata-kata kesat dari penduduk kampung, lebih-lebih lagi suaminya yang seakan di pulaukan oleh orang kampung.
                
“Biarlah apa orang nak kata along. Janji adik dapat tinggal dengan suami adik ni.” Tangan Saiful Adzlan dicapainya. Suaminya itu hanya berdiam diri sahaja. Dia tak mahu masuk campur hal adik beradik itu.
                
“Mama dan papa rindukan adik. Mereka semua da tahu pasal adik, pasal suami adik. Mesti mereka gembira dengan kehadiran cucu ni tak lama lagi. Saiful, aku harap kau setuju ikut aku balik K.L.”
                
“Saya masih ada bendang nak dikerjakan. Kalau saya ke sana, siapa nak jaga bendang tu. Siapa nak bagi anak dan isteri saya makan?.” Bersuara juga akhirnya Saiful Adzlan.
                
“Kau menantu Tan Sri Ahmad, pemilik Empayar Ahmadi Global. Takkan kau tak pernah baca atau mendengar berita pasal Tan Sri Ahmad?. Satu Malaysia kenal dia.” Saiful Adzlan sememangnya tahu pasal Tan Sri Ahmad. Siapa tak kenal dengan jutawan Malaysia itu. Dengan pengaruh yang kuat serta kredibiliti beliau yang sangat bagus, Tan Sri Ahmad telah tersenarai antara lelaki melayu berjaya di Malaysia. Malah, dalam diam, dirinya amat mengagumi Tan Sri Ahmad dan tidak disangkanya, dia menantu lelaki sulung Tan Sri Ahmad. Kecilnya dunia kan?.
                
“Tapi saya tak harapkan sesenpun dari sesiapa. Selagi tulang empat kerat saya ni masih berfungsi, selagi itulah saya masih mampu menyara keluarga saya.”
                
“Aku bukan nak pandang rendah siapa kau. Cuma aku nak kau bawak adik aku ni jumpa mama dan papa. Aku yakin, papa dan mama dapat terima kau sebagai menantu dia.”
                
“InsyaAllah, kalau ada umur, ada rezeki, saya akan bawa anak Tan Sri ni balik kerumah dia.”
                
“Along, adik isteri abang sekarang ni. Apa-apa keputusan adik berserah pada suami adik.” Senyuman manis Athiff Najmi tujukan buat adiknya.
                
“Along faham dik, along faham Saiful. Aku nak tumpang tidur dekat sini dua tiga hari. Boleh??. Nak rasa hidup kat kampung.” Senyuman lebar Athirah Najwa membuatkan Saiful Adzlan bersetuju. Masakan tidak boleh kalau abang ipar mahu menumpang.
                
“Boleh, tak ada masalah.


Heboh satu kampung apabila kereta mewah kepunyaan Athiff Najmi berada di rumah Saiful Adzlan. Mulalah hasad dengki yang ada dikalangan mereka bercakap-cakap yang bukan-bukan. Bukan mahu bertanya, tapi sengaja mereka-reka cerita.
               
Ada juga di kalangan mereka pernah terserempak dengan Athiif Najmi itu. Masing-masing tidak percaya orang sekacak itu sanggup menemani Saiful Adzlan ke bendang.
                
“Orang-orang kampung ni memang tak puas hati dengan kau ke?.”
                
“Biasalah tu, pantang benda pelik depan mata.”
               
“Maksud kau?.”
                
“Tu kereta along tu... sejak hari pertama kereta along parking kat rumah Lan, kecoh satu kampung. Diorang tak percaya Lan ni ada kawan kaya raya macam along.”
                
“Macamtu pun ada. Kalau diorang tahu kau menantu Tan Sri Ahmad, mahu pengsan agaknya.  Kalau kau nak tahu, papa tu ada bagi sumbangan kat sini tiap-tiap bulan sejak dia dapat tahu adik ada kat sini. Kaupun dapat sumbangan tu kan?. Papa nak jumpa adik tu. Tapi dia takut adik lari lagi.” Oh... patutlah setiap bulan ada sahaja sumbangan yang dia terima. Rupa-rupanya ayah mentua dia punya kerja.
               
“Kenapa takut Atie lari?. Diakan da ada suami?.”
                
“Manalah aku nak tahu, papa yang cakap macamtu. Hahha..... mungkin dia risau adik masih marahkan dia lagi....”
                
“InsyaAllah, Lan akan bawak Atie jumpa papa. Berapa lama lagi Atie tu nak merajuk dengan papakan?.”
                
“Alhamdulillah kalau kau sudi nak bawak adik tu balik. Aku yakin, papa mesti gembira. Lagi-lagi nak dapat cucukan. Biasalah, dulu papa tu gah nak kembangkan bussiness dia. Sampai perasaan anak dia tupun dia tak jaga. Dulu akupun pernah papa nak jodohkan dengan anak kawan dia. Tapi aku bertegas selagi aku tak habis study aku tak nak. Adik pula yang kena. Tak sangka masa hari nak menikah tu, adik lari tinggalkan majlis.”
                
“Kenapa dia tak bantah jer masa tu?.”
                
“Adik tu lembut, mana nak lawan cakap papa dan mama. Kalau boleh, semuanya dia turutkan. Kalau tak sebab dia kenal bakal suaminya tu siapa, takkan dia nak lari. Budak laki tu kaki botol, kaki perempuan. Kalau akupun aku tak sanggup.”
                
“Betullah tu, Lan perasan juga perangai Atie tu. Ikut je cakap orang. Suruh itu buat, ini buat.”
                
“Dia memang macamtu. Kalau kau nak tahu, ramai tau yang tergila-gilakan adiktu. Kalau dia bukan adik aku, lama dah aku ajak kahwin. Hahahhaa.....” Saiful Adzlan dan Athiff Najmi ketawa besar. Bagi Athiff Najmi, dia amat menyenangi adik iparnya itu.
                
“Along duduklah kat pondok tu dulu ya, Lan nak buat kerja sikit.”
                
“Aku nak tolong kau.”
                
“Tak payahlah long, kotor baju seluar tu nanti.”
               
“Aku nak rasa hidup macam kau. Tak ada hal punya.” Akhirnya mereka berdua bermain lumpur mengerjakan sawah itu. Athiff Najmi tidak pula mengeluh, malah gembira dapat melakukan kerja kampung yang tidak pernah dia lakukan. Satu pengalaman baru bagi dirinya. Dia dapat rasakan, kerja seperti ini dapat mengeluarkan peluh malah lebih mendatangkan kebaikkan. Badanpun jadi sihat, sebab banyak kederat yang digunakan. Kaki tangan semuanya bekerja. 

bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;